Bentuk kerjasama di PRN Melaka selepas bubar DUN – Johari

LocalPolitics
25 Aug 2026 • 12:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bentuk kerjasama di PRN Melaka selepas bubar DUN – Johari

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) masih belum memuktamadkan formula menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk sama ada bergerak solo atau menjalinkan kerjasama dengan parti lain.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebarang keputusan berhubung strategi BN hanya akan ditentukan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.

Menurut beliau, buat masa ini semua pihak perlu menunggu perkembangan selanjutnya sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung PRN berkenaan.

“Bila… bila bubar DUN? DUN di Melaka bubar bila?” katanya ketika ditemui pada majlis Maulidur Rasul di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada BN akan bergerak solo atau masih menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti dalam menghadapi PRN Melaka.

Kenyataan Johari itu memberi gambaran bahawa BN belum mahu mendedahkan formula kerjasama yang akan digunakan bagi menghadapi PRN Melaka, meskipun rundingan antara parti politik sudah mula berlaku.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan rundingan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan BN bagi menghadapi PRN Melaka sudah dimulakan sejak 20 Ogos lalu.

Beliau berkata, rundingan itu membabitkan wakil pimpinan pusat yang dilantik daripada kedua-dua parti bagi membincangkan bentuk kerjasama menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

Bagaimanapun, perkembangan berkenaan belum menggambarkan pendirian rasmi BN yang masih menunggu perkembangan berkaitan pembubaran DUN Melaka. – KOSMO! ONLINE

The post Bentuk kerjasama di PRN Melaka selepas bubar DUN – Johari appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved