BeONE Mobile tawar peluang perniagaan kepada komuniti

LocalBusiness & Finance
28 Sep 2026 • 5:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: BeONE Mobile tawar peluang perniagaan kepada komuniti

PETALING JAYA – BeONE Mobile telah dilancarkan secara rasmi sebagai pengendali mudah alih tempatan yang menyediakan akses telekomunikasi dan peluang keusahawanan kepada komuniti di seluruh negara.

Melalui penawaran per­khidmatan mudah alih prabayar yang tersendiri, BeONE Mobile mengetengahkan pendekatan berasaskan komuniti dengan sokongan ejen tempatan, kemahiran digital praktikal dan khidmat sokongan secara langsung.

Disokong oleh Maxis, BeONE Mobile beroperasi menggunakan rangkaian di seluruh negara yang diiktiraf kerana menyediakan sambungan yang pantas, stabil dan selamat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran berkata, BeONE adalah jenama tempatan yang dibina berlandaskan satu idea mudah yang mana anda seharusnya dilayani oleh seseorang daripada komuniti anda sendiri, sebelum jualan dan berterusan selepasnya.

“Sehubungan itu, ejen kami tidak memerlukan premis perniagaan atau modal untuk memulakan perniagaan, mereka hanya memerlukan latihan dan peralatan yang sesuai dan kami menyediakan kedua-duanya.

Image from: BeONE Mobile tawar peluang perniagaan kepada komuniti

“Kemahiran digital yang mereka peroleh akan kekal menjadi bekalan untuk apa jua bidang yang diceburi selepas ini,” katanya dalam majlis pelancaran yang telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil di sini.

BeONE Mobile akan memberi tumpuan terhadap pembinaan hubungan secara langsung de­ngan komuniti melalui rangkaian ejen tempatannya.

Pelanggan juga akan dilayani oleh ejen daripada komuniti mereka sendiri yang membantu urusan pendaftaran, pertukaran rangkaian dan penyelesaian masalah, serta terus memberikan sokongan selepas jualan.

“Pendekatan ini turut membuka peluang kepada ejen untuk mengembangkan kemahiran baharu dan menyertai ekonomi digital,” ujarnya.

Selain itu, BeONE Mobile ­menyediakan latihan kemahiran digital praktikal serta meleng­kapkan ejennya dengan keupayaan untuk mengendalikan perniagaan mikro sendiri.

Pada peringkat awal, inisiatif ini akan memberi tumpuan kepada golongan yang dapat memanfaatkan akses telekomunikasi mampu milik, kemahiran digital praktikal dan peluang pendapatan tambahan, termasuk isi rumah B40, belia, pekerja gig dan peniaga kecil.

Sempena pelancaran perkhidmatan ini, BeONE Mobile melancarkan dua program sulungnya iaitu Program Keusahawanan BeONE untuk komunitu E- Hailing dan juga Inisiatif SIM Komuniti.

“Susulan pelancaran ini, BeONE Mobile akan terus memperluas rangkaian ejennya, memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu serta be­kerjasama dengan komuniti dan rakan strategik untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati manfaat akses digital,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

The post BeONE Mobile tawar peluang perniagaan kepada komuniti appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved