Berakhir Penantian, Anwar Ibrahim Kini PM Ke-10 Malaysia

Politics
25 Nov 2022 • 3:54 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim memasuki Istana Negara untuk upacara angkat sumpah semalam - Gambar oleh Azim Rahman

Penantian selama lima hari selepas PRU-15 yang disulami pelbagai jenis perjumpaan dan sesi keluar masuk Istana Negara berakhir lega. Akhirnya Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang baharu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, 75, secara rasmi dilantik Perdana Menteri Ke-10, selepas mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Sebelumnya, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri.

Keputusan tersebut diumumkan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda memberi perkenan terbabit.

Menurutnya, ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Mari kita sorot perjalanan Pengerusi Pakatan Harapan ini semalam bersama gambar-gambar karya jurufoto-jurufoto Getaran, Sairien Nafis, Azim Rahman, Abdul Razak Latif, Alif Omar and Syeda Imran. - Getaran, 25 November 2022

image is not available
Anwar Ibrahim keluar dari Istana Negara selepas upacara angkat sumpah - Gambar oleh Azim Rahman

image is not available
Penyokong Anwar Ibrahim di luar Pintu 2 Istana Negara - Gambar oleh Syeda Imran

image is not available
Seorang pekerja menerima hadiah bunga yang dihantar ke Pejabat Anwar Ibrahim di Petaling Jaya - Gambar oleh Abdul Razak Latif

image is not available
Dr Wan Azizah kegembiraan sebelum berangkat ke Istana Negara dari rumahnya di Sg Long - Gambar oleh Alif Omar

image is not available
Antara petugas media dan penduduk setempat yang menunggu ketibaan Anwar Ibrahim di Sg Long Clubhouse - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Ketibaan Anwar Ibrahim di Sg Long Clubhouse disambut dengan meriah - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Anwar Ibrahim dan para petugas media di Sidang Media malam tadi - Gambar oleh Abdul Razak Latif

image is not available
Anwar Ibrahim mengakhiri sidang medianya dengan melaungkan ‘reformasi, lawan sampai menang, kita sudah menang’ dengan diiringi tepukan gemuruh daripada orang ramai - Gambar oleh Alif Omar

image is not available
Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Anwar Ibrahim - Gambar oleh Alif Omar

image is not available
Anwar Ibrahim bersalaman bersama tetamu yang hadir di Sg Long Clubhouse - Gambar oleh Abdul Razak Latif

image is not available
Anwar Ibrahim menjawab soalan wartawan semasa sidang media di Sg Long Clubhouse semalam - Gambar oleh Abdul Razak Latif