Pen Artline Yang Digunakan Anwar Ibrahim Jadi Viral, Netizen Kini Berebut Beli Pen RM2.50 Ini

25 Nov 2022 • 3:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pen ni dah sold out dalam Shopee, weh!

Pen Artline Yang Digunakan Anwar Ibrahim Jadi Viral, Netizen Kini Berebut Beli Pen RM2.50 Ini. Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, ramai dah mula mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri.

Namun, ada satu perkara yang netizen perasan apabila DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri semasa majlis bersejarah semalam – dan ia adalah pen yang digunakannya!

image is not available
Pen Artline Yang Digunakan Anwar Ibrahim Jadi Viral, Netizen Kini Berebut Beli Pen RM2.50 Ini

Artline 210 Medium 0.6 kini direbut netizen

Pen viral yang digunakan DSAI semasa majlis angkat sumpah ialah sebatang pen Artline 210 Medium 0.6 dalam warna hitam, yang juga rupa-rupanya merupakan pen pilihan arkitek, pelukis dan pereka!

Ini disebabkan dakwat pen ini tidak boleh dihamparkan di atas kertas dan juga kalis air – satu lagi sebab netizen berebut-rebut membeli pen yang mampu milik dan berkualiti ini.

image is not available
Kredit: Twitter

image is not available
Kredit: Twitter

Yang lebih mengejutkan, pen ini sudah sold out dalam Shopee! Wow, memang laku keras lah pen ni sekarang! image is not available

image is not available
Kredit: Shopee