Beraksi Cemerlang, Yew Sin - Ee Yi Tempah Tiket Akhir Kejohanan Badminton Asia

30 Apr 2023 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ong Yew Sin - Teo Ee Yi selangkah lagi untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin - Teo Ee Yi selangkah lagi untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 selepas menewaskan Takuro Hoki - Yugo Kobayashi dari Jepun.

Gandingan pilihan kelapan Malaysia itu mengejutkan lawan mereka dengan aksi cemerlang untuk meraih mata 21-16, 26-24 dalam masa 50 minit pada kejohanan di Dewan Tertutup Sheikh Rashid  bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai, sekali gus menyaksikan kemenangan kedua mereka menentang pasangan nombor empat dunia dari Jepun terbabit.

Awal perlawanan, pasangan itu yang menunjukkan aksi cemerlang pada set pertama, kemudian ditentang hebat pada set kedua.

Kedua-dua pasukan kemudian saling berkejaran mata sehingga satu ketika beregu negara ketinggalan 14-18.

Bagaimanapun, pasangan muda negara itu kembali bangkit dan walaupun Ee Yi mengalami sedikit kecederaan di lutut kiri selepas terjatuh ketika mata terikat 18-18, mereka terus menunjukkan semangat juang tinggi.

Justeru, ia menyaksikan mereka mengheret perlawanan ke mata tambahan sebelum menjinakkan pasangan lawan.

Terdahulu, mereka melepasi saingan sengit semalam di suku akhir apabila menewaskan pemain nombor satu dunia, Fajar Alfian - Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia 22-20, 21-15.

Pada perlawanan akhir esok, pasangan itu akan berentap dengan sama ada Satwiksairaj Rankireddy - Chirag Shetty dari India atau Lee Yang - Wang Chi-Lin dari Taiwan.

Terdahulu, pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat - Shevon Lai Jemie tersingkir daripada BAC selepas tewas kepada pasangan pilihan utama China, Zheng Si Wei - Huang Ya Qiong 21-11, 21-13 pada separuh akhir. – Getaran, 30 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved