Berandam surai Tengku Nadine Amina Zahra cucunda Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang berlangsung penuh adat

7 Sep 2026 • 1:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Berandam surai Tengku Nadine Amina Zahra cucunda Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang berlangsung penuh adat
Foto: Facebook Kesultanan Pahang

ISTIADAT berandam surai cucunda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah iaitu Tengku Nadine Amina Zahra selamat dilangsungkan di Istana Abdulaziz, Kuantan.

Image from: Berandam surai Tengku Nadine Amina Zahra cucunda Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang berlangsung penuh adat
Foto: Facebook Kesultanan Pahang

Memetik hantaran laman sosial Majlis Kesultanan Pahang istiadat berandam surai anakanda pertama Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah dan Tengku Puan Bendahara Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan itu diserikan dengan kerangkatan Sultan Pahang  dan Tengku Ampuan Pahang di Balai Seri Bendahara.

Image from: Berandam surai Tengku Nadine Amina Zahra cucunda Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang berlangsung penuh adat
Foto: Facebook Kesultanan Pahang

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah,  Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan suami serta kerabat.

Image from: Berandam surai Tengku Nadine Amina Zahra cucunda Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang berlangsung penuh adat
Foto: Facebook Kesultanan Pahang

Turut hadir ialah Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini bagi meraikan cucu mereka.

Terdahulu, SinarPlus berkongsi  keputeraan Tengku Nadine Amina Zahra pada 2 Julai lalu jam 3.35 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Sekadar info, Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah dan Tengku Natasya Puteri melangsungkan istiadat perkahwinan pada 24 Oktober 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved