Pergiat usaha cegah banjir, tangani pencerobohan tanah haram - Sultan Pahang

LocalEnvironment
1 Sep 2026 • 8:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pergiat usaha cegah banjir, tangani pencerobohan tanah haram - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah. Foto Kesultanan Pahang

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan supaya mempergiatkan usaha pencegahan banjir lebih awal, khususnya ketika negeri ini kini memasuki bulan September.

Baginda bertitah, kerja-kerja pembersihan dan pendalaman parit serta longkang, terutama di kawasan yang sering dilanda banjir, perlu diberi perhatian segera.

"Pihak berkaitan dapat memastikan projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan secara berperingkat berjalan lancar dan disiapkan mengikut jadual ditetapkan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook Kesultanan Pahang di sini pada Selasa

Al- Sultan Abdullah bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, di sini.

Dalam pada itu, Al- Sultan Abdullah turut menitahkan supaya Kerajaan Negeri dan agensi terlibat terus memantau dan mengambil tindakan terhadap pencerobohan tanah secara haram di seluruh Pahang dengan lebih berkesan, tegas dan bijaksana berlandaskan undang-undang.

"Beta rasa syukur kerana perkembangan kes-kes mahkamah berkaitan pencerobohan tanah haram dilihat memihak kepada Kerajaan Negeri Pahang," titah baginda.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved