Berang Difitnah, Bekas Isteri Dakwa Terpaksa Buka Cerita Sebenar Tentang Abang Viva

LocalLifestyle
4 Dec 2025 • 10:45 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Drama rumah tangga melibatkan ikon sukarelawan, Abang Viva, kembali menjadi perhatian selepas bekas isterinya tampil mendedahkan pelbagai dakwaan di media sosial.

BACA: Abang Viva Sahkan Sudah Bercerai – “Ikhlaskan Yang Sudah Pergi”

Menurut Evanoza, beliau terpaksa bersuara selepas mendakwa dirinya difitnah dan dituduh atas perkara yang tidak dilakukan.

Bekas isteri Abang Viva pertahankan diri

Dalam beberapa hantaran panjang di Facebook, bekas isteri tersebut mendakwa hidupnya sejak bercerai tidak pernah tenang apabila isu peribadi mereka terus dibangkitkan semula.

Katanya, dia sudah cuba berdiam diri, namun keadaan memaksanya tampil mempertahankan diri.

image is not available

Evanoza mendakwa beliau banyak menyimpan dan melindungi keadaan sebenar ketika masih bergelar isteri.

image is not available

Wanita ini juga mendakwa serangan di TikTok dan Facebook bermula selepas beliau menolak ajakan untuk kembali bersama.

image is not available

Beberapa hantaran lain turut memaparkan dakwaan tentang pengorbanan yang dibuatnya sepanjang bergelar isteri, termasuk urusan rawatan keluarga, kos pembaikan rumah dan perbelanjaan lain.

Tak ada perempuan yang kahwin impikan untuk bercerai… takda! Kalau ada kenapa saya habiskan RM20k untuk bilik kelamin kami. Tapi semalam katanya barang-barang saya yang baru 2 bulan dipakai akan dijual dengan harga murah. Takpa la… Eva redha…

Beliau juga mendakwa turut cuba membantu bekas suaminya mendapatkan lesen memandu selepas lima tahun tidak mempunyai lesen, namun usaha tersebut dikatakan tidak berhasil.

Dalam salah satu posting, Evanoza merayu agar kemelut tersebut ditamatkan dan tidak melibatkan pihak lain.

Pssttt! Dalam konflik rumah tangga yang berlarutan, selalunya tiada siapa yang benar-benar menang. Kedua-dua pihak berhak mempertahankan diri, namun membuka aib di media sosial hanya akan memanjangkan luka. Semoga isu ini dapat diselesaikan secara baik tanpa menjejaskan kehidupan kedua-duanya pada masa depan.

Kredit: Facebook Evanoza d sini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Berang Difitnah, Bekas Isteri Dakwa Terpaksa Buka Cerita Sebenar Tentang Abang Viva appeared first on Oh! Media.
View Original Article