Berang disindir punca dua isteri jurulatih gaduh tarik rambut

23 Jan 2023 • 8:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Iqbal Ibrahim

SHAH ALAM - Berang disindir dalam satu program rancangan realiti televisyen dipercayai menjadi punca pergaduhan dua wanita dipercayai isteri kepada seorang jurulatih bola sepak di sebuah restoran di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian melibatkan isteri pertama dan kedua jurulatih bola sepak tersebut.

"Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam sebuah rancangan realiti televisyen.

"Isteri pertama jurulatih tersebut turut memarahi madunya dan mendakwa wanita itu telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, turut berlaku kejadian tarik menarik rambut antara kedua-dua individu terbabit.

"Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran.

"Setakat ini tiga individu termasuk suami kepada kedua-dua wanita itu telah dipanggil bagi dirakam percakapan berhubung kejadian," katanya.

Pada Isnin, suasana sebuah restoran di sini gempar apabila dua individu dipercayai isteri kepada seorang jurulatih bola sepak bergaduh.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 pagi itu bagaimanapun dileraikan orang ramai yang berada di restoran tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved