
Berang Isteri Cakap ”Lebih Baik Ikut Lelaki Lain“, Pemuda Ditahan Simbah Asid Dekat Isteri, Anak & Ibu Mentua
Seorang lelaki dilaporkan telah menyimbah cecair yang dipercayai asid kepada isteri, anak dan ibu mertuanya kerana sakit hati isteri sering minta cerai.
Memetik Tribun News, sebelum ditahan, suspek cuba untuk melawan menyebabkan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan pada kaki kanannya dalam kejadian Isnin lalu, 11 Julai 2022.
Menurut laporan, semasa di soal siasat, suspek mengaku telah menyimbah mereka dengan menggunakan cecair asid kepada ketiga-tiga mangsa kerana sakit hati dengan isterinya yang sering kali meminta cerai.
Dalam pada itu, suspek menjadi lebih marah dan sakit hati apabila dia mengetahui isterinya telah keluar bersama dengan lelaki lain hingga lewat malam.
“Ada jiran yang bagitahu isteri saya balik rumah lewat malam ke rumah sekitar jam 12.30 tengah malam dihantar oleh seorang lelaki lain,” jelasnya.
Menurut ketua Polis Bekasi, Gidon Arif Setywan berkata, suspek menjadi lebih marah dan kesal dengan kata-kata yang dilontarkan oleh isterinya ketika mereka bertengkar.
“Lebih baik aku berhubungan intim dengan lelaki lain daripada dengan kau,” kata-kata dari isteri suspek, lapor Tribun News.
Disebabkan berang dengan kata-kata itu, suspek nekad keluar dan kembali bersama sebotol cecair asid lalu disimbahkan pada isteri, anak dan ibu mertuanya yang sedang tidur.
Difahamkan, kedua-dua mereka telah lama ditimpa masalah dan mangsa kerap meminta suspek menceraikan mangsa kerana tidak lagi tahan dengan masalah kewangan yang menimpa keluarga mereka.
Ketiga-tiga mangsa dilaporkan telah mengalami luka-luka melecur di beberapa bahagian badan. Walau bagaimanapun, keadaan semua mangsa berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih.
Sumber: Tribun News
The post Berang Isteri Cakap ”Lebih Baik Ikut Lelaki Lain“, Pemuda Ditahan Simbah Asid Dekat Isteri, Anak & Ibu Mentua appeared first on Siakap Keli.



