Berang ‘Orang Luar’ Masuk Campur Isu Rumah Tangga, Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu

5 Sep 2024 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isu rumah tangga pempengaruh sensasi iaitu Abang Tesla dan kedua-dua isterinya masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Saman 3 Individu

Terbaharu, Abang Tesla atau nama lengkapnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story) berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang mencampuri urusan rumah tangganya.

Perkara itu dimaklumkan Khal selepas menerima komen negatif yang ditinggalkan seorang individu kepadanya.

“Untuk dijadikan pengajaran kepada semua yang masuk campur acah terpaling tau dalam rumah tangga. 

“Yang menghina seolah-olah tahu semua dalam sampai katil rumah saya teruskan,” tulisnya. 

Terdahulu, kecoh apabila isteri pertama kepada Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari mendakwa dirinya telah dihina oleh keluarga madunya, Nursyafiqa Mohd Hanafi.  

Sementara itu, Abang Tesla menggesa semua pihak agar berhenti menabur fitnah kerana ada yang mahu melaga-lagakan kedua-dua isterinya.

Sebelum ini, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi pada Ogos tahun lalu. 

Menurut Abang Tesla dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved