Berani! Tengku Hassanal lakar sejarah terjun bebas ketinggian 10,000 kaki 

27 Sep 2025 • 1:51 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Foto: Ihsan Acoy Lutfi Haqim, Kesultanan Pahang

TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah berjaya laksana terjunan bebas menjadi perhatian warganet.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, terjunan penuh keberanian dan semangat tinggi oleh Tengku Hassanal jadi lebih bermakna apabila disaksikan sendiri oleh ayahandanya, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah.

image is not available
Foto: Ihsan Kesultanan Pahang

"Kejayaan itu dicatat menerusi Selective Training Record (STR) Latihan Kursus Pasukan Khas Udara (PASKAU) di Pangkalan Udara Gong Kedak.

"Baginda melakukan dua kali terjunan iaitu pada jam 2.30 petang dan 4.15 petang.

"Baginda dilihat cukup berbangga dengan pencapaian itu yang bukan sahaja mencabar diri tetapi memerlukan disiplin, kawalan mental dan ketahanan fizikal," menerusi hantaran itu.

image is not available
Foto: Ihsan Kesultanan Pahang

Pada masa sama, warganet memuji keberanian Tengku Hassanal yang memberi inspirasi kepada generasi muda.

"Alhamdulillah, tahniah Tuanku Mahkota Pahang. Tuanku ialah seorang anak raja yang berani dan menjadi contoh teladan kepada anak-anak muda Malaysia."

"Tahniah, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal serba boleh!"

image is not available
Foto: Ihsan Kesultanan Pahang

"Alhamdulillah, tahniah Tunku Mahkota Pahang — contoh anak raja yang berani dalam bidang ketenteraan. Apa pun, terbaik PASKAU!"

"Alhamdulillah. Tahniah, Tengku Mahkota Pahang. Patik sebagai rakyat Pahang berasa bangga dengan keberanian Tuanku. Daulat Tuanku!"

Sumber: Facebook