“Beraninya Dia..” – Bukan Lagi Ahli, Seungri Dikritik Dek Tiba-Tiba Sebut Nama G-Dragon

Music
23 Jan 2024 • 12:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Meskipun Seung-ri sudah keluar dari kumpulan BIGBANG, agak-agaknya adakah dia masih berkawan dengan ahli yang lain sekarang?

Baru-baru ini, Seung-ri telah membuat penampilan istimewa di sebuah restoran di Cambodia, di mana lelaki itu turut ada menyebut nama bekas rakan kumpulannya iaitu G-Dragon.

Menerusi satu video yang dikongsi, Seung-ri dilihat sedang meraikan hari lahirnya dan dia secara tiba-tiba berkata,

Suatu hari nanti, saya akan membawa G-Dragon ke sini.

Kini, video itu telah pun tular dan netizen rata-rata memberikan reaksi ‘kurang senang’ kerana lelaki tersebut sepertinya tidak belajar dari kesilapannya tambahan pula, menyebut nama G-Dragon dalam situasi yang tidak perlu.

Antara komen yang ditulis,

Jangan lupa kes ‘Burning Sun’.

 

Beraninya dia..G-Dragon boleh saman kerana Seung-ri tiba-tiba sebut namanya.

 

Saya sangat terkejut dia masih mempunyai peminat.

 

Dia tak perlu pun sebut nama GD..

Hmm apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.