“Malangnya..” – Aktif Temui Peminat Di Banyak Negara, Seungri Akui Dah Bersara Dalam Dunia Hiburan

Music
22 Jan 2024 • 11:26 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Meskipun sudah tidak aktif dalam dunia hiburan, Seung-ri bekas ahli BIGBANG kerap berjumpa dengan peminat menerusi beberapa acara.

Terbaru di sebuah acara di Cambodia yang diadakan di restoran Prince Brewing, Seung-ri telah tampil sebagai tetamu istimewa, yang dinantikan ramai.

Ketika di acara tersebut, lelaki itu disambut meriah oleh peminat yang merinduinya. Namun, dia berkata,

Malangnya, saya sudah bersara 5 tahun lalu.

Bagaimanapun di acara yang sama, penyanyi lagu “Gotta Talk To U” itu turut dilihat bergambar dengan ramai peminatnya, sambil memegang light stick BIGBANG.

Mesti ramai yang rindu nak tengok Seung-ri bersama ahli BIGBANG kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.