Berapa Harga Hyundai Stargazer?

LocalCars
22 Sep 2026 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Motor Malaysia (HMY) secara rasmi melancarkan MPV Hyundai Stargazer Malaysia hari ini, di ibu negara sebentar tadi.

Menawarkan tiga varian—Style, Prime, dan Stargazer X, pada harga bermula RM99,800, model baharu berkonsepkan 'The WEhicle' ini direka khusus untuk memenuhi keperluan keluarga moden menerusi ruang pintar, teknologi keselamatan Hyundai SmartSense, serta pelbagai ciri keselesaan premium.

 MPV Moden Untuk Keluarga Malaysiaimage.pngimage.png

Menurut Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen, jentera ini direka berasaskan nilai teras keluarga moden seperti ruang pintar dan keselamatan tanpa kompromi.

Bahagian dalamannya direka teliti dengan pelbagai ciri praktikal seperti kotak lantai kargo berpenutup, meja sandaran tempat duduk, dan pelbagai port USB. Model varian Hyundai Stargazer X turut dilengkapi konsol tengah terapung bersama tray jenis boleh tanggal untuk lebih fleksibiliti.

Ciri Keselamatan Lanjutan Hyundai SmartSenseimage.png

Aspek keselamatan menjadi keutamaan menerusi pengenalan sistem Hyundai SmartSense (ADAS 2.0).

Bergantung pada varian pilihan, ia merangkumi fungsi keselamatan penting seperti:

Bantuan Elak Perlanggaran Hadapan (Forward Collision-Avoidance Assist)

Kawalan Pelayaran Pintar dengan Henti & Mula (Smart Cruise Control with Stop & Go)

Bantuan Elakkan Perlanggaran Titik Buta (Blind-Spot Collision-Avoidance Assist)

Bantuan Mengikut Lorong (Lane Following Assist)

Terdapat juga sistem Safe Exit Warning dan Parking Distance Warning.

SPESIFIKASI

Untuk model ini, ia hadir dengan enjin Smartstream Gamma II  1.5 MPi yang mana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 115PS dan tork 144Nm.

Enjin ini sangat popular untuk model segmen-B dan MPV kompak di pasaran Asia Tenggara kerana mementingkan kecekapan bahan api serta penyelenggaraan yang mudah

Varian dan Harga Rasmi Hyundai Stargazer Malaysia

image.png

Barisan baharu ini hadir dalam tiga pilihan varian utama yang disesuaikan mengikut keperluan keluarga:

STARGAZER Style (RM99,800): Hadir dengan susunan 7 tempat duduk (2+3+2), lampu utama LED, pemain multimedia 8-inci, dan roda aloi 16-inci.

STARGAZER Prime (RM109,800): Menampilkan paparan berkembar 10.25-inci, sistem ADAS 2.0 Hyundai SmartSense, dan 6 beg udara.

STARGAZER X (RM121,800): Membawa gaya lasak ala SUV, susunan kerusi kapten 6 tempat duduk (2+2+2), tempat duduk kulit tiruan penuh, dan transmisi Shift-By-Wire.

Pakej Nilai Awal dan Perlindungan Nilai Jualan Semula (RVP)

image.png

Bagi meraikan pelancaran ini, HMY menawarkan Pakej Nilai Tempahan Awal (Early Bird Value Package) bernilai RM4,600*. Ia merangkumi servis percuma 8 kali atau 4 tahun, serta program Ganjaran All-Star rebat RM1,000 untuk pemilik sedia ada Hyundai.

Selain itu, program waranti myHyundaiCare 8 tahun / 160,000km* turut disediakan. Menariknya lagi, Hyundai memperkenalkan Program Perlindungan Nilai Jualan Semula (RVP) yang menjamin nilai tukar beli yang tinggi apabila pelanggan menaik taraf kepada kenderaan baharu pada tahun ketiga (70%), keempat (60%), atau kelima (50%).

Orang ramai dijemput hadir ke pusat pengedaran Hyundai di seluruh negara dari 26 hingga 27 September ini untuk memandu uji sendiri 'The WEhicle' dan menikmati pelbagai aktiviti keluarga hujung minggu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved