Syarat 30 Peratus Ekuiti Bumiputera Bagi Syarikat Pengendali IPS Dimansuhkan — KPM

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 10:13 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Syarat 30 Peratus Ekuiti Bumiputera Bagi Syarikat Pengendali IPS Dimansuhkan — KPM

Syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan bagi syarikat sendirian berhad yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, KPM memaklumkan bahawa keputusan penyelarasan tersebut dicapai susulan sesi perbincangan bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Langkah ini diambil bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan serta memastikan ruang penyertaan pelaburan dan pengurusan pendidikan kekal terbuka luas kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.

“Penyelarasan ini dibuat bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan serta memastikan ruang penyertaan dalam pendidikan kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara,” menurut kenyataan KPM.

Menyesuaikan Dasar Sejak 2006

KPM menjelaskan bahawa pihak kementerian mengambil maklum pelbagai pandangan yang dibangkitkan berhubung syarat pemilikan ekuiti Bumiputera bagi IPS tertentu seperti yang pernah dinyatakan dalam Buku Pernyataan Dasar IPS terbitan tahun 2006.

Pihak kementerian turut menzahirkan penghargaan atas sumbangan berterusan para pengusaha IPS dan memberi jaminan akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan serta masa depan pendidikan anak-anak Malaysia.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved