PriceCatcher ciri baru: Jumpa barang paling murah di pasaraya dalam 1 minit!

LocalPersonal Finance
22 Sep 2026 • 4:44 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

PriceCatcher ciri baru: Jumpa barang paling murah di pasaraya dalam 1 minit!

Benci belanja lebih? Aplikasi PriceCatcher inovasi digital terbitan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), membantu rakyat menangani kos sara hidup dengan memperkemas aplikasi sebagai platform rujukan harga barangan utama di Malaysia.

Bukan sahaja memudahkan pengguna mencari dan menyemak harga barangan di premis berdekatan, malah versi terkini ini dilengkapi ciri-ciri informatif yang membuatkan perbandingan harga jadi jauh lebih pantas. Malah dapat menikmati antara muka yang lebih responsif serta maklumat yang lebih tepat dan telus demi pengalaman berbelanja yang lebih cekap.

Barang keperluan dihimpunkan dalam kategori bersesuaian

Image from: PriceCatcher ciri baru: Jumpa barang paling murah di pasaraya dalam 1 minit!

Menerusi kemas kini terbaharu aplikasi PriceCatcher, bahagian Kategori Barangan menawarkan kecekapan optimum dengan menghimpunkan pelbagai barangan makanan dan keperluan dalam kategori yang lebih kemas dan teratur.

Dimana pengguna dapat mencari barang berdasarkan kategori yang telah disusun seperti barangan segar, kering, berbungkus, minuman, produk kebersihan dan barangan bayi mengikut pengelasan yang ringkas dan intuitif, membolehkan pengguna menyemak harga serta-merta mengikut lokasi premis berdekatan.

Jom semak kategori yang tersedia di bawah.

Kategori barangan segar

Image from: PriceCatcher ciri baru: Jumpa barang paling murah di pasaraya dalam 1 minit!

Kategori barangan kering

Image from: PriceCatcher ciri baru: Jumpa barang paling murah di pasaraya dalam 1 minit!

Kategori barangan berbungkus

Image from: PriceCatcher ciri baru: Jumpa barang paling murah di pasaraya dalam 1 minit!

Kategori minuman

Image from: PriceCatcher ciri baru: Jumpa barang paling murah di pasaraya dalam 1 minit!

Kategori produk bayi

Image from: PriceCatcher ciri baru: Jumpa barang paling murah di pasaraya dalam 1 minit!

Kategori kebersihan

Image from: PriceCatcher ciri baru: Jumpa barang paling murah di pasaraya dalam 1 minit!

Cari pasaraya yang tawar harga rendah di hujung jari

Sementara itu, bahagian Perkongsian Harga Pasaraya menyajikan maklumat perbandingan harga secara telus dan pantas di pelbagai rangkaian pasar raya terkemuka, sekali gus memberi kelebihan kepada pengguna untuk mengenal pasti premis yang menawarkan harga terendah dan promosi paling berbaloi sebelum keluar berbelanja.

Perkongsian harga pasaraya

Image from: PriceCatcher ciri baru: Jumpa barang paling murah di pasaraya dalam 1 minit!

Contoh carian harga barang mengikut pasaraya pilihan

Image from: PriceCatcher ciri baru: Jumpa barang paling murah di pasaraya dalam 1 minit!

Akses pautan Jualan Rahmah dan MySales Tracker jadi mudah

Melalui Bahagian Perkhidmatan KPDN, anda boleh mengakses platform Jualan Rahmah Madani dan MySales Tracker dengan mudah.

Apabila anda menekan mana-mana pilihan platform tersebut, anda akan terus dibawa ke Google Play Store atau Apple App Store untuk memuat turun aplikasinya secara terus ke telefon anda.

Image from: PriceCatcher ciri baru: Jumpa barang paling murah di pasaraya dalam 1 minit!

Semak katalog dan banding harga promosi secara digital

Bahagian Katalog pula menampilkan risalah jualan harian dan mingguan daripada pelbagai pasar raya secara digital dan interaktif. Ciri fitur katalog yang kemas ini bukan sahaja memudahkan pencarian maklumat, malah menjimatkan masa mencari promosi yang sedang berjalan berdasarkan pilihan pasaraya yang tersenarai dalam aplikasi ini.

Image from: PriceCatcher ciri baru: Jumpa barang paling murah di pasaraya dalam 1 minit!

Bagi yang ingin mendapatkan PriceCatcher, anda boleh mendapatkan aplikasi ini di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery atau anda juga boleh menjengah ke laman sesawang PriceCatcher untuk mencuba fungsi yang sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved