Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

LocalCars
4 Nov 2026 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

image.png

Buat julung kalinya,  Mercedes-Benz Malaysia menayangkan model sedan elektrik terbaharunya, Mercedes-Benz C 300 4MATIC electric AMG Line Plus kepada media, pagi tadi.

Model terbaharu ini yang akan dijual sekitar RM360,888 itu menawarkan jarak pemanduan sehingga 690km menerusi platform khusus berteknologi 800 volt serta gabungan kuasa 310kW.

Reka Bentuk Luaran & Aerodinamik Khas AMG Line Plusimage.pngimage.pngimage.png

Menjengah luarannya,Mercedes-Benz C 300 4MATIC electric tampil dengan profil badan menyerupai coupe. Ia menampilkan garis bumbung melandai, bahagian hadapan lebih rendah, serta pekali seretan seawal 0.22 untuk kecekapan tenaga maksimum.

Penampilan hadapan disusuli gril bercahaya dengan bingkai krom gelap, corak  seakan kaca, serta lampu DIGITAL LIGHT. Varian AMG Line Plus turut menerima rim aloi 20-inci, Night Package kemasan hitam berkilat, dan lampu LED belakang berbentuk bintang.

Kabin Mewah MBUX Hyperscreen 39.1-Inciimage.pngimage.png

Ruang dalaman sedan elektrik ini memfokuskan pengalaman digital menerusi paparan MBUX Hyperscreen bersaiz 39.1-inci yang merentasi papan pemuka. Bumbung panoramik SKY CONTROL dengan 162 bintang bercahaya pula boleh dikawal kelegapannya menerusi sembilan segmen.

Dengan jarak roda 2,962mm, penumpang hadapan menerima tambahan ruang kaki sebanyak 12mm berbanding C-Class konvensional. Kapasiti ruang simpanan pula menawarkan 470 liter di bahagian but belakang dan 101 liter bagi ruang frunk di hadapan.

Prestasi Trenkuasa 310kW & Jarak Pemanduan 690KMimage.pngimage.png

Model ini dikuasakan oleh motor elektrik segerak magnet kekal (PSM) gandar belakang serta sistem pacuan semua roda 4MATIC. Gabungan ini menghasilkan kuasa 310kW dan tork 800Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam 4.5 saat.

image.png

Bateri berkapasiti 85kWj menyokong jarak pemanduan sehingga 690km (WLTP). Menerusi pengecasan pantas DC 320kW, pemandu boleh menambah jarak perjalanan sejauh 290km dalam tempoh 10 minit sahaja. Pengecasan AC 22kW dan brek regeneratif One-Box sehingga 300kW turut dilengkapi.

Teknologi Sistem Operasi MB.OS & Keselamatan Canggih

Sedan ini digerakkan oleh sistem operasi terbaharu MB.OS yang mengintegrasikan fungsi navigasi Google Maps berteknologi AI dan Augmented Reality (AR). Pakej bantuan pemanduan MB.DRIVE merangkumi fungsi MB.DRIVE ASSIST dan MB.DRIVE PARKING ASSIST 360.

Dari segi keselamatan:

27 kamera dan sensor Sokong sistem bantuan pemanduan 11 beg udara, termasuk beg udara tengah hadapanAda sistem perlindungan PRE-SAFE®Harga & Tempahan Di Malaysiaimage.png

Mercedes-Benz C 300 4MATIC electric AMG Line Plus kini boleh ditempah menerusi pengedar sah atau laman web rasmi Mercedes-Benz Malaysia dengan harga anggaran bermula RM360,888.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved