Kenapa harga LPG di kedai runcit mahal?

LocalBusiness & Finance
31 Oct 2026 • 11:01 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kenapa harga LPG di kedai runcit mahal?

PETALING JAYA – Orang ramai mula mempersoalkan harga runcit bagi gas petroleum cecair (LPG) yang didakwa dijual pada harga melebihi paras subsidi di beberapa kedai runcit.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Juanpablo7 mendakwa harga LPG di tempatnya adalah sekitar RM28 hingga RM30 setong.

“@kpdnselangor memang semua kedai runcit jual gas purata harga RM28-30 ke? Kedai yang berdaftar tau bukan kedai haram warga asing.

“Ini (harga) ambil sendiri di kedai, bukan harga penghantaran terus ke rumah. Bukankah ini barang subsidi?,” soal pengguna terbabit.

Berdasarkan penetapan harga yang telah diumumkan kerajaan, harga LPG bersubsidi adalah RM19 bagi tong bersaiz 10 kilogram (kg), RM22.80 bagi 12kg dan RM26.60 bagi 14kg.

Mengulas lanjut, individu yang menetap di sekitar kawasan AU5 Keramat itu memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana ia melibatkan harga kawalan yang telah ditetapkan kerajaan.

“Barang subsidi adalah subsidi jangan buat main, kalau tak nak jual tak payah ambil dari pembekal,” tegasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut menggesa pihak bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas kedai yang sengaja menaikkan harga LPG terbabit.

“Benda tak boleh naikkan (harga), janganlah naik. Niaga kecil-kecil bukan sebagai alasan. Penetapan harga barang terkawal tu ada sebabnya,” komen Noonaskooriya.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mamabapakzeehan.

“Jangan biasakan benda salah. Barang subsidi tak boleh sesuka hati tambah turun harga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kenapa harga LPG di kedai runcit mahal? appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved