
Melalui laman TikTok, tular video penceramah dikenali ramai, Ustaz Azhar Idrus menegur tabiat sesetengah individu yang terlalu terkejar-kejar tentang hal viral.
Kata Ustaz Azhar Idrus atau UAI, perkara ini boleh dielakkan kerana semua orang tidak berada dalam keadaan yang terdesak.
Beratur dari jam 12 malam, pukul 9 pagi esok baru buka kedai. Patutnya esok lah pergi beli. Cerdik ke bodoh?
@insan_marhaen Nak kejar viral#ustazazharidrus #insanmarhaen #makananviral #fyp ? original sound – Insan marhaen
Bahkan, pendakwah itu turut berkata ia merupakan sifat manusia akhir zaman yang terlalu kasihkan perkataan ‘viral’ dan kemegahan untuk rasa hebat.
Kita nak kejar laku, laris, tontonan pengikut tinggi, rating tinggi, orang banyak datang beli dan pembeli pula rasa hebat dapat beli benda viral.
Dalam pada itu, UAI juga menegur sebahagian peniaga yang tidak mengikut proses jual beli yang betul hingga sanggup melakukan hal-hal luar norma demi menarik perhatian pembeli.
Istilah Isteri Pertama Untuk Dihargai, Kedua Untuk Dicintai , UAI Respon - "Ni Hadis Ke Apa? Tak Betul Orang Ni"
The post “Beratur Dari Jam 12 Malam, Cerdik Ke Bodoh?” – UAI Selar Tabiat Masyarakat Beratur Seharian Demi Makanan ‘Viral’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



![Apa Hukum Penguatkuasa Ikut Arahan Atasan Sehingga Zalimi Rakyat? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)