UAI tegur tabiat beratur berjam-jam demi makanan viral, anggap penyakit akhir zaman

18 Sep 2023 • 5:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menegur peniaga dan juga pelanggan yang begitu taksub dengan sesuatu yang viral lebih-lebih lagi makanan.

Beratur berjam-jam demi makanan viral

Memetik video potongan ceramahnya yang dikongsikan semula TikTok insan_marhaen, Ustaz Azhar Idrus terkilan kerana ada yang sanggup beratur sehari sebelum kedai dibuka demi mendapatkan makanan viral.

“Beratur dari 12 malam, pukul 9 pagi esok baru kedai buka. Patutnya esok la pergi beratur. Ini cerdik ke bodoh? Bukannya kita kelaparan enam tahun tiada makanan.

“Itu penyakit akhir zaman, kasih kepada viral, kasih kepada kemegahan dan rasa hebat,” ujar.

Peniaga tak endah keberkatan dalam berniaga

Pendakwah asal Terengganu itu juga menyentuh isu peniaga-peniaga di aplikasi TikTok yang memandang ringan berkaitan keberkatan dalam perniagaan dan sanggup melanggar perintah agama demi keuntungan sendiri.

“Promosi makanan dalam TikTok sekarang, sebahagiannya bagus. Kenapa? Dia jaga pantang larang dalam Islam. Tapi sebahagian promosi dalam TikTok, haram. Bila haram, perniagaan tiada berkat.

“Tapi masalah kita sekarang, kita tak perlukan keberkatan dah. Kita nak kejar laku, laris, view tiggi, rating tinggi, orang banyak datang beli. Dan pembeli pun rasa hebat dapat beli benda viral,” katanya.

image is not available

Ada juga peniaga tak menutup aurat

Beliau turut menyelar para peniaga yang memandang ringan berkaitan aurat dan sanggup berpakaian memperlihatkan bentuk badan.

“Nak suruh laku mi goreng, kenapa tunjuk punggung pula? Tu macam tak pakai baju. Pakai baju tapi telanjang. Pakai seluar tapi nampak bentuk dua punggungnya

laku, viral tak viral, FYP tak peduli. “Langgar pantang larang, go to hell,” tegasnya.

image is not available

Gambar sekadar hiasan

Ustaz tegur semua bukan pada sorang je

Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, ramai yang bersetuju dengan teguran daripada pendakwah berkenaan memandangkan kerap berlaku perkara-perkara sebegitu sejak kebelakangan ini terutamanya jika ada sesuatu yang viral.

Mereka juga turut mengulas perihal peniaga yang tergamak menyindir agamawan hanya disebabkan tidak bersetuju dengan kebenaran tersebut.

image is not available

Memang tak boleh brain sanggup bawa bantal tidur lantai

image is not available

Makanan viral je terus beratur macam tak ingat dunia

image is not available

Ustaz beritahu kita semua sebagai pengajaran

image is not available

Memang lama tunggu respon ustaz

image is not available

Pokok pangkal ikut hati masing2

image is not available

 

Sumber: TikTok insan_marhaen