
Pendakwa bebas, Ustaz Azhar Idrus menegur segelintir individu yang suka mengejar hal-hal viral, terutama melibatkan proses jual beli sehingga sanggup beratur sebelum perniagaan dibuka.
Menurut beliau, hal seperti ini dapat dielakkan kerana kita tidak berada dalam keadaan yang terdesak.
“Beratur dari 12 malam, pukul 9 pagi esok baru kedai buka. Patutnya esok la pergi beli. Cerdik ke bodoh?
“Bukan kita kelaparan enam tahun tak ada makanan. Betul tak? Itu penyakit akhir zaman. Kasih kepada viral. Kasih kepada kemegahan, rasa hebat,” katanya menerusi satu ceramah.
@insan_marhaen Nak kejar viral#ustazazharidrus #insanmarhaen #makananviral #fyp ♬ original sound - Insan marhaen
BACA: Sempoi! Peserta Perarakan Sempat Keluar Perbarisan Sebab Nak Bergambar Dengan Ustaz Azhar Idrus!



![Apa Hukum Penguatkuasa Ikut Arahan Atasan Sehingga Zalimi Rakyat? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)