Beraya Di Sarawak, Hun Haqeem Pertahan Tradisi Pakai Baju Melayu Seminggu

11 Apr 2024 • 2:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sambutan Aidilfitri meriah di Kuching, Hun Haqeem sedia 7 pasang baju Melayu

Beraya Di Sarawak, Hun Haqeem Pertahan Tradisi Pakai Baju Melayu Seminggu. Pelakon tampan asal Sarawak, Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, telah menyediakan sebanyak tujuh pasang baju Melayu khusus bagi menyambut bulan Syawal pada tahun ini.

Menurutnya, memakai baju Melayu sepanjang sebulan Syawal merupakan tradisi masyarakat di Sarawak.

image is not available
Beraya Di Sarawak, Hun Haqeem Pertahan Tradisi Pakai Baju Melayu Seminggu. Sumber: Instagram

Hun berkongsi bahawa beliau akan pulang ke Kuching untuk meraikan Aidilfitri selama tujuh hari. Sambutan hari raya di Sarawak dikatakan amat meriah berbanding tempat lain.

Di mana-mana orang pakai baju Melayu termasuklah di pasar

Di negeri itu, orang ramai akan memakai baju Melayu sepanjang bulan Syawal, malah di kawasan-kawasan awam seperti pasar raya.

Hun menggalakkan orang di Semenanjung Malaysia untuk turut mengamalkan tradisi memakai baju Melayu sepanjang bulan Syawal.

Bagasinya penuh dengan baju raya

Beliau turut menyatakan bahawa beg bagasinya penuh dengan baju raya ekoran persediaan tujuh pasang baju Melayu untuk dipakai sepanjang musim perayaan nanti.

Berbeza dengan tugas lazim anak lelaki iaitu membeli ais ketika hari raya, Hun mengakui bahawa beliau lebih cenderung untuk membantu kerja-kerja di dapur seperti mencuci pinggan mangkuk dan memotong lemang.

Baca juga artikel yang berkaitan: