Berbaju Melayu & Bercapal, DSAI Bagi Penjelasan OOTD Hari Pertama Di Pejabat

Politics
27 Nov 2022 • 11:31 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Khamis lalu. Beliau kemudiannya memulakan tugas sebagai pemimpin negara secara rasmi pada Jumaat, 25 November 2022.

Penampilan Anwar ketika memulakan tugas di Putrajaya telah mendapat perhatian ramai pihak. Mana tidaknya, beliau mengenakan baju melayu lengkap bersamping serta bersongkok dan memakai capal.

image is not available

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil memberikan penjelasan outfit of the day (OOTD) yang dipakai beliau dalam sebuah sesi soal jawab media selepas selesai sebuah acara di Sungai Long, Kajang.

Penjelasan ringkas mengenai OOTD beliau itu boleh dilihat dalam video @RashidYusoff11 di bawah.

Anwar memilih untuk menjelaskan OOTD yang dipakainya bagi mengelakkan syak wasangka dan menjawab soalan rakyat di media sosial. Antara yang dijelaskan Anwar adalah seperti berikut;

  1. Capal adalah pembelian berpuluh tahun lepas di Kepala Batas, Pulau Pinang
  2. Kain samping ketika angkat sumpah sebagai Perdana Menteri adalah pemberian Al-Marhum Sultan Kelantan
  3. Samping yang dipakai adalah dari Penjara Pahang hasil pemberian Raja Permaisuri Agong
  4. Songkok dibeli di Tambun, Perak.

Beliau juga menegaskan bahawa perkara yang diajukan rakyat di media sosial harus dijawab dengan baik oleh setiap pemimpin.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.