“Berbaki lagi 14 bulan” – Shuib dedah dah bayar hutang caruman KWSP pekerja sejak Januari

LocalBusiness & Finance
16 Oct 2026 • 9:23 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak dan usahawan, Shuib memaklumkan syarikat Bubblebee sedang melunaskan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi pembayaran secara ansuran sejak Januari 2026.

Image from: “Berbaki lagi 14 bulan” – Shuib dedah dah bayar hutang caruman KWSP pekerja sejak Januari

Menerusi perkongsian di TikTok, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, pembayaran berkenaan sudah berjalan selama 10 bulan dengan baki tempoh ansuran selama 14 bulan lagi.

https://www.tiktok.com/@shuibsepahtu/video/7696744511413832981?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Penjelasan itu dikongsikan bagi menjawab dakwaan berhubung kegagalan syarikat berkenaan menyelesaikan caruman KWSP pekerjanya.

“Saya ingin nyatakan tentang KWSP, di mana sekarang ini alhamdulillah, Bubblebee telah pun membuat bayaran ansuran selama 10 bulan kepada KWSP bermula bulan Januari 2026.
“Insya-ALLAH akan berbaki lagi 14 bulan. Saya sedar saya manusia yang tidak sempurna, selalu berbuat salah, selalu buat dosa, jadi saya mohon maaf, saya mohon maaf, saya mohon maaf di atas kekhilafan saya,” kongsinya.

Dalam perkongsian sama, Shuib turut menyertakan tangkap layar yang menurutnya menunjukkan bukti pembayaran oleh syarikat tersebut.

Bapa kepada empat cahaya mata itu turut merayu orang ramai supaya tidak memboikot perniagaannya susulan kontroversi membabitkan dirinya dengan rakan pelawak, Jep Sepahtu.

Image from: “Berbaki lagi 14 bulan” – Shuib dedah dah bayar hutang caruman KWSP pekerja sejak Januari

Menurut Shuib, pendapatan daripada perniagaan yang diusahakan menjadi sumber untuk menyara keluarga serta membayar hutang syarikat, termasuk tunggakan caruman berkenaan.

“Saya mohon sangat-sangat, berhentilah membuat apa-apa lagi andaian, kecaman, makian ataupun fitnah ke atas saya, isteri, anak-anak, keluarga dan juga perniagaan saya,” jelasnya.

Shuib turut menyebut Sepah Penyey, Bubblebee, Nusantara Food dan Sambal Hitam sebagai perniagaan yang menjadi sumber pendapatan keluarganya ketika ini.

“Janganlah kerana marahkan saya, kerana benci kepada saya, perniagaan saya diboikot, sedangkan perniagaan saya sah dan halal.
“Saya anggap ini adalah ujian dan balasan di atas kekhilafan saya yang telah pun saya lakukan,” ujarnya.

Terdahulu, Shuib memohon maaf kepada Jep berhubung sindiran terhadap rakannya itu ketika mengendalikan Dol’s Podcast.

Kontroversi tersebut mendapat perhatian selepas Jep berkongsi potongan klip podcast pada 8 Oktober lalu yang memaparkan Shuib dan Mamat meminta pandangan Azlee Senario mengenai isu pembahagian bayaran dalam kumpulan yang didakwa tidak adil.

Meskipun tiada nama disebut dalam perbualan itu, ia dikaitkan dengan Jep yang juga anggota kumpulan Sepahtu.

Menerusi hantarannya, Jep turut menasihati Shuib supaya memberi perhatian kepada perkara lebih penting, termasuk menyelesaikan isu tunggakan caruman KWSP perniagaannya.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin kemudian berkongsi resit pembayaran zakat perniagaan yang dilunaskan setiap tahun.

Menurutnya, perkongsian itu bertujuan membuktikan dirinya tidak mengambil hak orang lain, bukannya untuk bermegah dengan jumlah zakat yang dibayar.

Sumber: TikTok shuibsepahtu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved