
SELAMAT bergelar suami minggu lalu, perkahwinan pelakon dan pengacara Sean Lee, 29, dan pasangan, Bay Doucet, 26, terus menjadi perhatian ramai.
Antaranya ialah kek perkahwinan mereka yang unik dan ringkas. Selalunya kek perkahwinan bertingkat dan menggunakan elemen fondant pelbagai warna, namun pengantin baharu itu memilik kek ringkas yang dihias strawberi.
Jarang nampak kek kahwin macam ni, kan? Menerusi perkongsian di platform X milik pembuat kek dikenali sebagai Shazwan_r, kek berukuran besar dan dihiasi dengan buah strawberi segar berharga sekitar RM2,500 termasuk dengan caj penghantaran.

Memetik laporan dari Astro Gempak, awalnya Shazwan tidak mengetahui gerangan pengantin.
“Wakil dari KAMI Weddings menghubungi kami mengenai kek ini sebab pernah buat kek yang sama sekitar Mac lalu.
“Kek-kek yang kami buat mengikut standard saiz ‘designer cake’. Kita tak pernah buat cake bersaiz besar. Ia semestinya memberikan cabaran buat kami,” katanya.

Baca juga: Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet
Baca juga: Pengantin lelaki berbaju Ultraman Taro tular, rupanya peminat cosplay. Dedah kostum berharga lebih RM2,000. 'Keberaniannya memang powerlah'
Pengusaha pastri itu juga menambah telah menggunakan lima kilogram strawberi import sebagai deko pada permukaan kek tersebut.
“Kami guna sekurang-kurangnya 20 kotak strawberi yang secara total seberat lima kilogram," ciapnya di laman X.

Bekas pengacara Famili Duo itu turut memuat naik kapsyen ringkas dalam bahasa Inggeris '‘yes & amen’ dan ‘too cute to gatekeep’ serta gambar mereka mengenakan busana sedondon berwarna putih.
Sekadar info, Bay yang berdarah kacukan Cina Malaysia-Amerika Syarikat memiliki Ijazah Sarjana Muda (Communcation Design), Royal Melbourne Institute of Tehcnology (RMIT) Australia. Bay juga memiliki perniagaan butik pakaian preloved di ibu kota.
Sumber: Gempak


