
Tiket percuma SUKMA habis, netizen kecewa selepas 8 jam berbaris
Berbaris Selama 8 Jam, Netizen Kecewa Tidak Dapat Tiket Percuma SUKMA. Satu hantaran tular di media sosial mengenai seorang netizen meluahkan kekecewaannya selepas berbaris selama 8 jam untuk mendapatkan tiket percuma Sukan Malaysia (SUKMA), namun pulang dengan tangan kosong.
Menerusi perkongsiannya di laman TikTok, beliau terpaksa menanggung kesakitan badan dan sunburn akibat menunggu terlalu lama di bawah matahari terik.

“Selama 8 jam berbaris, akhirnya aku dapat sakit badan dan sunburn,” tulisnya dengan nada kecewa di laman TikTok miliknya.
Bukan itu sahaja, lebih menyakitkan lagi, tiket tersebut kehabisan tepat di hadapannya sebaik sahaja tiba di pintu masuk. Netizen tersebut turut mengkritik pengurusan pengagihan tiket yang dianggap tidak cekap.
Luahan ini telah mendapat perhatian ramai dan mencetuskan perbincangan hangat mengenai keperluan untuk menambah baik sistem pengagihan tiket acara-acara besar di negara ini.


