Dapat Pujian Daripada Netizen, Ramai Suka Design Baju Atlet Sukma Sabah

11 Aug 2024 • 5:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Baju atlet Sukma Sabah dapat pujian dari netizen

Dapat Pujian Daripada Netizen, Ramai Suka Design Baju Atlet Sukma Sabah. Membabitkan 37 sukan dan 484 acara yang akan dipertandingkan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini juga merupakan yang terbesar dalam sejarah temasya sukan berkenaan.

Atlet-atlet dari negeri lain dilihat sudah mulai menjejak kaki di Bumi Kenyalang pada hari ini bersedia untuk berentap dalam acara sukan mereka.

image is not available
Dapat Pujian Daripada Netizen, Ramai Suka Design Baju Atlet Sukma Sabah. Gambar tangkap layar dari TikTok sinidolstimin305

Baju atlet Suma Sabah curi perhatian

Baru-baru ini di TikTok, terdapat sebuah video tular di mana dua gadis sumandak Sabah menari dengan yang memakai baju lengkap atlet Sukma Sabah tahun ini.

Apa yang mencuri perhatian ramai netizen kali ini adalah, design baju atlet Sukma negeri Sabah yang dikatakan cantik sekali!

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok sinidolstimin305

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok sinidolstimin305

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok sinidolstimin305

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok sinidolstimin305

Ada yang sampai ingin membeli baju berkenaan

Baju berkenaan yang jelas memperlihatkan warna bendera negeri Sabah telah dipuji ramai sehingga ada juga yang ingin membeli baju berkenaan.

Selain itu, netizen turut memuji baju atlet Sukma Sarawak dan Johor di mana mereka mengatakan ‘vibe nya lain macam’.

Apapun, semoga maju jaya diucapkan kepada atlet-atlet Sukma tahun ini. Semoga kekal berjaya dan boleh mengharumkan nama negeri masing-masing!

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: