“Berbeza langkah, jangan putus kawan” – Pantun Persahabatan Anwar Ibrahim Curi Tumpuan

LocalPolitics
22 Jul 2026 • 5:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft pantun PMX

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik satu hantaran yang telah mencuri tumpuan di mana beliau ada memuat naik serangkap pantuan dengan makna yang mendalam.

Rangkap pantu itu membawa mesej tentang kepentingan kesepakatan dan disiplin dalam sesebuah persahabatan.

Artikel berkaitan: Anwar Lancar Malaysia Digital 2030, Fokus Jadikan Malaysia Pengeluar Inovasi AI 

Burung merbah terbang sekawan,
Guruh berdentum membelah awan;
Berbeza langkah, jangan putus kawan,
Selagi muafakat, kita sehaluan.”

Dalam hantaran tersebut, ia diiringi dengan lagu era 80-an yang berjudul Madu dan Racun yang seolah-olah selari dengan pesanan yang ingin beliau sampaikan.

Screenshot 2026 07 22 174249

Malah, hantaran itu turut memperlihatkan suasana mesyuarat Jemaah Menteri yang antaranya dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke, yang dilihat ceria bersama.

Memetik laporan Harian Metro, hantaran itu menjadi tumpuan ketika seluruh negara kini terarah kepada hubungan di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang sedang mengharungi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Sumber : Instagram, Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved