“Siapa tu tak kenal” – Anak Rita Rudaini Beri Respon Bila Orang Kaitkan Kejayaannya Dengan Aidil Zafuan

SportsFamily & Parenting
8 Jul 2026 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft anak rita

Anak kepada pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin tidak berdiam diri apabila ada yang kaitkan kejayaan itu dengan bapanya, pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

Menerusi TikTok, Airit ada membuat hantaran dengan memuat naik gambarnya demi meraikan pencapaiannya yang berjaya mencatat rekod baharu bagi acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 mewakili pasukan Selangor.

Artikel berkaitan: “Kalau kejujuran ini membuat anda kurang senang saya terima, tidak mahu menjadi selain diri saya sendiri” – Rita Rudaini

Screenshot 2026 07 08 122107

Di ruangan komen, ada yang sifatkan bahawa kejayaan yang diraih oleh Airit ini banyak dipengaruhi oleh didikan Aidil Zafuan.

Airit bagaimanapun tidak berdiam diri namun dia dilihat tidak melatah dalam memberikan respon, sebaliknya menyatakan bahawa dia tidak mengenali siapa individu yang dimaksudkan.

Screenshot 2026 07 08 120125 1

 

Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini ada meluahkan rasa bangga terhadap anaknya yang berjaya mencipta rekod baharu dalam acara 110 meter lari berpagar dan menegaskan bahawa kejayaan itu tidak ada kaitan dengan bekas suaminya kerana dia telah membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa bergantung dengan bantuan bekas suami.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved