
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebut sahaja nama Senario, pasti ramai yang mengenali setiap ahli kumpulan pelawak itu terutamanya bagi mereka yang lahir 90-an dan ke bawah.
Bagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu, ketiadaan pelakon dan pelawak, Yassin Yahya dalam acara membabitkan kumpulan Senario telah menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.
Situasi ini menjadi lebih hangat apabila media sebelum ini melaporkan mengenai penahanan seorang pelawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada Oktober lalu kerana kesalahan memiliki ganja.
Yassin sudah pulang ke Malaysia
Terbaharu, Yassin yang didakwa ditahan di Jeddah, Arab Saudi atas kesalahan dadah disahkan sudah kembali ke Malaysia.
Memetik laporan Berita Harian, perkara itu disahkan sendiri oleh isteri pelawak terbabit, Farah Waheeda Maharidan.
Farah bagaimanapun tidak memaklumkan bila tarikh sebenar Yassin kembali ke tanah air, sebaliknya mengesahkan suaminya itu sudah berada di pangkuan keluarga selepas dilaporkan hilang dari radar industri sejak tujuh bulan lalu.
Belum bersedia untuk buka mulut, minta beri Yassin ruang bersama keluarga
Menurut Farah, dia belum bersedia untuk menceritakan kejadian sebenar yang terjadi kepada suaminya itu di Jeddah.
Sebaliknya, wanita itu memohon diberikan ruang dan waktu untuk Yassin bertenang terlebih dahulu.
“Beri ruang untuk Yassin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Sebenarnya saya nak rahsiakan perkara ini, tapi saya faham ramai yang menantikan kepulangannya,” katanya.
Berkongsi lanjut, Farah menyatakan suaminya itu berada dalam keadaan baik dan berat badannya juga meningkat.
“Alhamdulillah dia sihat. Berat badannya juga makin naik. Saya dan seluruh keluarga gembira dapat bertemu semula dengan Yassin,” katanya.
Kelibat Yassin muncul di TikTok
Semalam (25 Mei), tular di media sosial satu video yang memaparkan penyanyi dan pengacara, Rifkarl bersama Yassin di hadapan sebuah bangunan dipercayai hotel.
Malah, sebelum ini dia juga pernah membuat satu siarang langsung bersama Yassin, namun di dalam ‘live’ tersebut tidak menceritakan mengenai apa yang berlaku semasa pelawak terbabit berada di Jeddah.
@rifkarl85official ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ#fyp #fypage #tiktokviral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama
Source:





![Pakar Siber Kongsi Bagaimana Scammer Akses Data Peribadi Dalam Telefon Android [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/digital.jpeg)