Bercucuk tanam & bela haiwan, Natasha Hudson bahagia hidup sederhana di Langkawi

24 Jul 2025 • 6:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita, Natasha Hudson yang kini menjalani kehidupan lebih bersederhana di Langkawi bersama keluarga tersayang telah meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Natasha atau nama lengkapnya Natasha Liana Hudson di TikTok, dia sering berkongsi aktiviti hariannya buat tatapan pengikut di aplikasi tersebut.

Dalam perkongsian itu, dapat dilihat dia menjalani kehidupan lebih tenang dengan melakukan aktiviti kerja rumah seperti bercucuk tanam, membela ayam, itik dan lembu serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Natasha Hudson

image is not available
image is not available image is not available

Peminat turut teruja!

image is not available image is not available

Untuk rekod, Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali. Perkahwinan pertamanya bersama Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.

Diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 hanya bertahan selama dua tahun. Namun, menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Neesa Helena.

Natasha kemudiannya berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza 15 April 2012.

Menerusi perkahwinan bersama Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela dan Faatimah. Pasangan ini bercerai pada 2018.

Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019.

Pada 2022, Natasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Harits Jasmin atau lebih mesra disapa Jay Jasmin dan kini dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber: TikTok @Natasha Hudson