“Berdebar tak, sebab gembira” – BASS Akan Adakan Majlis Khusus Buat Rakyat Di Semenanjung & Sabah

LocalEntertainment
15 Sep 2026 • 5:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft BASS

Majlis perkahwinan di antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah sudah semakin dekat tarikhnya. Sepanjang tempoh ini, pastinya ramai peminat meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan penyatuan dua hati ini pada Oktober nanti.

Akan ada kenduri untuk rakyat Malaysia?

Seperti yang kita sedia maklum, majlis perkahwinan ini hanya dihadiri orang-orang yang terdekat sahaja, seperti ahli keluarga, saudara mara, rakan dan kenalan pengantin.

Tetapi memandangkan pasangan yang terkenal dengan gelaran BASS ini ialah figura awam, pastinya ramai peminat ingin menyaksikan perkahwinan mereka kerana pasangan ini sudah menjadi tumpuan orang ramai sejak sekian lama.

Oleh ini, menerusi satu sesi live, Syed Saddiq mengumumkan bahawa pihaknya berbesar hati untuk mengadakan satu kenduri khas untuk seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Syed Saddiq mengumumkan bahawa mereka masih belum ada tarikh spesifik lagi untuk kenduri tersebut tetapi kenduri itu akan di Semenanjung dan Sabah.

Menjawab persoalan netizen, bila ditanya jika beliau berdebar menantikan ‘tarikh bahagia’ tersebut, Syed Saddiq menjelaskan bahawa dia tidak berdebar kerana gembira tetapi berasa gementar untuk menyediakan persiapan perkahwinan kerana ia mengambil masa yang terlalu singkat.

Sebelum ini, difahamkan majlils perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq (BASS) telah dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2026, berita ini diumumkan oleh BASS sendiri pada pertengahan bulan Ogos lepas.

Sumber: Threads 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved