Merione Residences Rasmi Dilancarkan Susulan Kejayaan Merione Grand Catat Tempahan 100%

15 Sep 2026 • 6:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

collage 16

Susulan kejayaan tempahan 100% bagi unit komersial di Merione Grand, IJM Land hari ini melancarkan Merione Residences, komponen residensi bagi pembangunan guna campur terbaharunya di THE LIGHT Waterfront Penang.

Sambutan menggalakkan terhadap Merione Grand membuktikan keyakinan pasaran terhadap konsep “live-work-play” yang diperkenalkan Merione, sekali gus memberikan momentum kukuh kepada pelancaran kediaman baharu ini.

Merione merupakan pembangunan setinggi 39 tingkat yang merangkumi Merione Grand dan Merione Residences, dengan komponen residensi, pejabat, komersial dan rekreasi dalam sebuah perbandaran bersepadu di pesisir laut.

Fasiliti berkonsepkan resort untuk gaya hidup pesisir laut

Angle 2 Overall Facade Higher Level scaled

Selain menyediakan ruang santai dan riadah, Merione melengkapkan pengalaman kehidupan seharian dengan pelbagai fasiliti berkonsepkan resort di Tingkat 10.

Antaranya, kolam renang infiniti, Jacuzzi, gimnasium serba lengkap, gelanggang pickleball dan BBQ Pavilion. Setiap kemudahan ini disediakan bagi menambah nilai kepada pengalaman gaya hidup eksklusif di pesisir laut.

“Sambutan luar jangkaan terhadap Merione Grand adalah bukti keyakinan yang kukuh terhadap visi yang dibawa oleh Merione,” kata Dato’ Tony Ling Thou Lung, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land.

“Ia menunjukkan bahawa pemilik perniagaan kini melihat nilai ekslusif untuk menjadi sebahagian daripada komuniti di THE LIGHT Waterfront Penang. Menerusi Merione Residences, kami meneruskan momentum ini dengan menawarkan kediaman yang mengutamakan privasi dan ketenangan, di samping memastikan setiap penghuni dapat menikmati akses mudah kepada komuniti, lokasi dan pelbagai peluang yang membentuk kehidupan seharian.”

Kediaman dengan privasi dalam perbandaran bersepadu

The Light Phase 2 Aerial view Small

Merione Residences menampilkan 145 unit kediaman separa berperabot setinggi 29 tingkat (Aras 11-39), dengan hanya lima unit bagi setiap tingkat. Reka bentuk berketumpatan rendah ini mengutamakan privasi serta memanfaatkan sepenuhnya pemandangan pesisir laut dan landskap bandar Pulau Pinang.

Tiga pelan susun atur tersedia dengan keluasan kira-kira 1,055 kps, 1,195 kps dan 1,206 kps, dengan dua hingga tiga tempat letak kenderaan diperuntukkan bagi setiap unit kediaman.

Di Merione Residences, privasi penghuni diberikan perhatian utama menerusi pintu masuk persendirian dan kawasan penurunan penumpang (drop-off) yang berasingan daripada komponen komersial.

Selain itu, jaringan laluan pejalan kaki berbumbung juga menyediakan akses mudah dari kediaman ke pelbagai kemudahan berdekatan, termasuk pilihan membeli-belah di Merione Grand dan The Waterfront Shoppes, Penang Waterfront Convention Centre (PWCC), serta hotel di bawah jenama berprestij Hyatt yang akan datang.

Hotel ini bakal membawa pengalaman hospitaliti bertaraf antarabangsa serta memperluaskan daya tarikan perbandaran ini sebagai destinasi di pesisir laut yang berprestij.

Dengan kemudahan serba lengkap, penghuni dapat menikmati pergerakan yang lebih mudah antara kediaman, tempat kerja, aktiviti rekreasi dan sosial, semuanya dalam satu ekosistem yang terhubung.

Keterhubungan dengan bandar dan koridor ekonomi utama Pulau Pinang

merione pool eye level Penang Bridge scaled

Terletak bersebelahan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE), Merione menawarkan akses mudah ke Jambatan Pulau Pinang, George Town, Bayan Lepas, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Lokasi strategik ini turut berkait rapat dengan legasi infrastruktur IJM di Pulau Pinang, dengan sebahagian daripada Lebuhraya LCE pada asalnya dibina oleh IJM Corporation.

Akses jalan raya ke Merione bakal dipertingkatkan lagi menerusi projek Jalan Pintasan Lebuhraya Ayer Itam-Tun Dr Lim Chong Eu bernilai RM850 juta. Laluan enam lorong tanpa tol ini dijangka siap pada April 2027 dan akan memudahkan aliran trafik dari kawasan pedalaman termasuk Ayer Itam, Farlim dan Paya Terubong.

Bakal dihubungkan terus ke stesen LRT Penang Waterfront

merione bon fire pit scaled

Merione Residences juga bakal menampilkan laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan residensi secara terus ke stesen LRT Penang Waterfront di Laluan Mutiara yang akan datang.

Apabila siap kelak, laluan ini akan meningkatkan kemudahan dalam kehidupan seharian, dengan keterhubungan efisien dari stesen ke kediaman bagi setiap penghuni di THE LIGHT Waterfront Penang.

Jaringan laluan ini turut menghubungkan penghuni dengan pusat konvensyen, pusat beli-belah dan hotel, memberikan mereka pilihan untuk bergerak dengan lebih lancar di sekitar perbandaran serta ke pelbagai destinasi.

“Keterhubungan adalah mengenai pilihan — pilihan sama ada untuk bergerak melalui jalan raya atau pengangkutan awam, bergerak dengan mudah antara kediaman dan tempat kerja, atau menikmati kemudahan harian dengan hanya berjalan kaki,” tambah Dato’ Tony.

“Merione Residences menggabungkan semua pilihan tersebut dalam satu alamat. Ia merealisasikan visi kami terhadap kehidupan bandar di Pulau Pinang pada masa hadapan: lebih terhubung dan lebih bermakna dengan reka bentuk yang memberikan kualiti hidup yang lebih baik.”

Perbandaran bersepadu di pesisir laut yang beranugerah

merione main lobby scaled

THE LIGHT Waterfront Penang merupakan salah satu projek utama IJM Land yang mencerminkan penglibatan Kumpulan ini selama lebih empat dekad dalam pembangunan pesat Pulau Pinang.

Pelan induk ini telah merangkul FIABCI Malaysia Property Award 2014 dalam kategori Master Plan, diikuti The Edge Notable Property Achievement Award 2015 serta StarProperty Poseidon Award 2018 bagi kategori Best Waterfront Development.

Terbaharu, The Light Collection IV dianugerahkan World Gold Award dalam kategori Residential Low Rise di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2025.

Dengan sambutan komersial yang amat memberangsangkan di Merione Grand serta pelbagai penambahbaikan infrastruktur jalan raya dan pengangkutan awam yang bakal dilaksanakan, pelancaran rasmi Merione Residences menandakan fasa seterusnya untuk pembangunan perbandaran di pesisir laut ini.

Merione Residences menawarkan pembeli rumah kediaman berketumpatan rendah dengan privasi, di samping kemudahan dan keterhubungan yang tersedia dalam sebuah destinasi bersepadu, selaras dengan visi IJM Land untuk menjadikan THE LIGHT Waterfront Penang sebagai Bandar Bersepadu di Pesisir Laut yang Berprestij di Pulau Pinang.

Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut mengenai Merione, sila layari laman rasmi THE LIGHT Waterfront Penang.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved