Berdepan Hukuman Mat*, Pelajar Tikam Rakan Sehingga Maut Mohon Maaf Atas Apa Yang Berlaku – Peguam

13 Aug 2026 • 4:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelajar lelaki yang didakwa membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama tahun lalu tampil meminta maaf ketika memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi hari ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Kitson Foong yang mewakili tertuduh juvana berusia 15 tahun berkenaan ketika prosiding di hadapan Hakim Adlin Abdul Majid.

Advertisement

tikam

Menurut peguam tersebut, anak guamnya memilih untuk memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang pesalah tanpa menjalani pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

“Penama (tertuduh juvana) telah membuat pilihan untuk memberi keterangan tidak bersumpah (unsworn statement) dari kandang pesalah sebab dia duduk dalam kandang, tapi dia memberikan membaca satu (kenyataan) statement yang pendek. Dia juga meminta maaf atas apa yang telah berlaku menyebabkan kematian dan sebagainya,” kata peguam itu.

Selepas tertuduh selesai memberikan keterangannya, pihak pembelaan memanggil saksi kedua iaitu Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony untuk memberi keterangan.

Dalam masa sama, pihak pembelaan turut memaklumkan akan bergantung kepada Seksyen 84 Kanun Keseksaan, berkaitan pembelaan tidak siuman atau unsound mind insanity.

Perbicaraan melibatkan keterangan doktor psikiatri berkenaan dijadualkan bersambung pada sebelah petang.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

pelajar

Mengikut pertuduhan, remaja lelaki yang ketika kejadian berusia 14 tahun itu didakwa membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di tandas perempuan sebuah sekolah di Bandar Utama antara jam 9.20 pagi hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, oleh sebab tertuduh merupakan seorang kanak-kanak ketika kesalahan itu didakwa dilakukan, hukuman mati tidak boleh dikenakan terhadapnya di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebaliknya, jika sabit kesalahan, dia boleh ditahan selama diperkenankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rohingya rogol kemaman2026-08-09 10:51:25

'Type R' Buat Hal, 4 Warga Rohingya Didakwa Kurung, Rog*l Wanita OKU Tempatan Di Kemaman

The post Berdepan Hukuman Mat*, Pelajar Tikam Rakan Sehingga Maut Mohon Maaf Atas Apa Yang Berlaku – Peguam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved