Guru pukul anak murid, ibu direman

13 Aug 2026 • 9:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Guru pukul anak murid, ibu direman

PASIR MAS: Seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di sini direman tiga hari bermula hari ini selepas didakwa memukul ibu kepada seorang murid menggunakan tongkat semasa sesi perbincangan di pejabat sekolah, semalam.

Dalam kejadian itu, guru berusia 54 tahun didakwa memukul wanita berkenaan menggunakan tongkat di bahagian peha mangsa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 42 tahun berhubung kejadian tersebut pada pukul 11.43 pagi semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati pengadu telah menerima aduan anaknya diketuk pada bahagian kepala menggunakan tongkat oleh suspek semasa berada di sekolah tanpa mengetahui punca guru itu bertindak sedemikian.

“Wanita berkenaan telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah. Guru besar kemudian mengadakan satu perjumpaan semalam membincangkan perkara ini secara bersemuka.

“Satu pertemuan antara suspek dan pengadu disaksikan oleh Guru Besar telah diadakan di dalam pejabat sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Mazlan memberitahu, semasa perbincangan, suspek secara tiba-tiba telah menengking lalu memukul wanita berkenaan menggunakan sebatang tongkat di bahagian peha sebelah kanan.

Katanya, mangsa yang takut terus melarikan diri.

“Guru besar sekolah berkenaan yang tidak menjangka suspek bertindak sedemikian. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera menggunakan senjata,” ujarnya.-UTUSAN

The post Guru pukul anak murid, ibu direman appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved