Berdosa Ke Ibu Bapa Sakitkan Hati Anak? Ini Penjelasan UAI [Video]

Family & Parenting
14 Aug 2025 • 12:31 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dalam agama Islam, setiap insan yang bergelar anak diwajibkan taat dan menghormati ibu bapa.

Ia sudah menjadi kewajipan seorang anak itu untuk menjaga dan memberi khidmat yang baik kepada orang tua mereka.

Malah, orang ramai seringkali diingatkan tentang tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa mereka.

Namun, apa pula hukumnya jika ada ibu bapa yang menyakiti hati anak mereka sendiri? Adakah ibu bapa juga turut menanggung dosa jika membuat anak mereka terasa?

Ibu Bapa Menyakiti Hati Anak Juga Dikira Berdosa – UAI

Menurut penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube, perbuatan menyakiti hati sama ada anak kepada ibu bapa atau sebaliknya dikira berdosa jika dilakukan.

“Ayah tidak boleh sakitkan hati anak dan anak juga tidak boleh sakitkan hati ayah. Begitu juga dengan emak.

“Emak tidak boleh sakitkan hati anak dan anak tidak boleh sakitkan hati emak,” katanya.

Ibu Bapa Ada Kelebihan, Ketaatan Anak Kepada Mereka

Walau bagaimanapun, jelas UAI, ibu bapa mempunyai kelebihan iaitu ketaatan diperolehi daripada anak.

“Ada kelebihan lain, wajib taat daripada anak kepada ibu bapa. Ibu bapa tak wajib taat kepada anak, itu beza dia,” jelas beliau lagi.

Malah, UAI turut menjelaskan dosa lain seperti mengumpat dan mencuri turut terpakai hukum yang sama.

“Anak mengumpat ibu bapa, haram (hukumnya). Ibu bapa mengumpat anak, haram juga. 

“Anak curi harta emak, haram (hukumnya). Sama juga halnya jika emak yang mencuri harta anak, haram hukumnya,” terangnya.

Anak Wajib Taat Kepada Ibu Bapa

Malah, beliau sekali lagi menegaskan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa masing-masing.

“Anak wajib taat kepada ibu bapa. Dia (ibu bapa) kata jangan pergi, maka tak boleh pergi. 

“Tapi kita pergi juga sebab lebih mengutamakan kawan-kawan. Kalau kawan kata jangan pergi, baru kita tak pergi,” jelasnya.

Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa

Memetik hantaran di Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang merujuk sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tanggungjawab anak terhadap ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu:

1. Semasa kedua ibu bapa masih hidup

  • Berlaku baik kepada mereka dan tidak meninggikan suara di hadapan mereka.
  • Membantu mereka dari sudut kemampuan setakat yang mampu.
  • Taat kepada mereka dan tidak sesekali menderhakai mereka.
  • Sentiasa berdoa kepada mereka.

2. Selepas kematian kedua ibu bapa

  • Tunaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan Allah SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya.
  • Langsaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada manusia setakat yang mampu.
  • Sentiasa berdoa kepada mereka.
  • Menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibu bapa.
  • Bersedekah untuk mereka walaupun selepas ketiadaan mereka.
  • Tunaikan dan penuhi wasiat-wasiat ibu bapa yang telah pergi dengan baik.

Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu bapa Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa terbahagi kepada 2 iaitu : 1. Semasa kedua…

Posted by Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI on Sunday 26 May 2024

Tanggungjawab Ibu Bapa Kepada Anak

Manakala, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ada berkongsi tanggungjawab ibu bapa terhadap anak.

Jelas mereka, anak merupakan amanah Allah SWT dan setiap ibu bapa perlulah mendidik mereka dengan hati dan iman.

Tanggungjawab tersebut adalah:

  1. Mendidik anak-anak dengan ilmu agama dan nilai moral.
  2. Mengajar mereka dengan hikmah, agar hidup penuh adab dan akhlak mulia.
  3. Mengasuh dengan kasih sayang, memastikan mereka rasa dilindungi.
  4. Memberi hak yang sepatutnya kepada anak-anak, tanpa pilih kasih.
  5. Menyuruh solat dan mengamalkan kebaikan, supaya iman terus subur.
  6. Melarang kemungkaran, agar mereka jauh dari keburukan dunia.

Tanggungjawab Ibu-Bapa Kepada Anak-Anak : Mencorak Masa Depan Umat Ibu-bapa bukan sahaja penyedia keperluan fizikal,…

Posted by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM on Tuesday 17 September 2024

Source: