
Beregu badminton wanita, Pearly Tan dan M. Thinaah menghadiahkan emas ketujuh negara selepas menewaskan pasangan dari England dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini.
Malaysia mengesahkan pingat ketujuh itu selepas menang mudah ke atas beregu dari England, Chloe Birch-Lauren Smith dengan keputusan 21-5, 21-8 sebentar tadi.
Kejayaan ini menambahkan lagi motivasi kepada atlit negara yang bertanding di kejohanan itu.
Berita penuh menyusul.
EMAS KETUJUH MALAYSIA!
#SukanKomanwel2022: Beregu badminton wanita Pearly Tan-M. Thinaah sumbang emas ketujuh negara, tewaskan beregu England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8.
Tahniah! pic.twitter.com/oKQ30kvVDQ
— BERNAMA Radio
(@bernamaradio) August 8, 2022
Sumber: Bernama Radio
The post Beregu Badminton Wanita Hadiahkan Emas Ketujuh Negara, Benam Mudah England appeared first on Siakap Keli.
