Bergambar Dengan Syed Saddiq & Rakan Lain, Hantaran Ulya Husamudin Buat Netizen Tertanya-tanya?

LocalEntertainment
27 Mar 2026 • 4:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, nama Bella Astillah dan Syed Saddiq kerap kali dipetik netizen sehingga wujudnya singkatan usikan “BASS”. Walaupun sekadar usikan nakal di media sosial, nampaknya setiap gerak-geri membabitkan kedua-dua personaliti ini terus menjadi perhatian peminat.

Terbaru, hantaran daripada rakan baik Syed Saddiq, Ulya Husamudin di laman Instagram sekali lagi mencetuskan tanda tanya dan spekulasi dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran tersebut, Ulya memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya bersama Syed Saddiq dan beberapa rakan lain dalam satu pertemuan yang nampak santai.

Apa yang menarik perhatian bukanlah sekadar gambar tersebut, tetapi kapsyen ringkas yang ditulis oleh Ulya seolah-olah memberi bayangan ada sesuatu yang sedang ‘dirancang’.

Kapsyen hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi, netizen tidak melepaskan peluang untuk mengaitkan pertemuan tersebut dengan gosip yang sedang hangat diperkatakan.

Malah, ada yang sempat berseloroh bertanyakan adakah itu merupakan meeting persiapan menjadi penanggah atau ‘dulang boys’.

image is not available

Melihat kepada reaksi-reaksi tersebut, jelas peminat seolah-olah tidak sabar menantikan apa sebenarnya yang bakal diumumkan oleh mereka.

Pun begitu, sehingga kini baik Bella Astillah mahupun Syed Saddiq, masing-masing tidak memberikan sebarang pengesahan mengenai hubungan mereka melainkan sekadar kawan rapat.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.