“Bergantung dengan parents”- Dulu Genius, Pemuda Dapat PhD Pada Usia 16 Tahun Kini Menggangur

Entertainment
9 Dec 2023 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pemuda dari China yang dulunya pernah menjadi perhatian masyarakat dunia kerana seorang yang genius sejak kecil dan telah memasuki universiti sejak usia semuda 10 tahun kini kembali menjadi sorotan media.

Ini kerana setelah dia dewasa dan kini berusia 28 tahun, dia hanya menganggur dan bergantung kepada elaun yang diberi oleh ibu bapanya meskipun seorang yang bijak.

image is not available

Memetik laporan Oddity Central, Zhang Xinyang yang telah belajar di peringkat PhD ketika berusia 16 tahun enggan melakukan apa-apa dan lebih suka duduk di rumah tanpa perlu keluar bekerja.

Difahamkan, dia menjadi sedemikian kerana ibu bapanya dikatakan terlalu memaksa Zhang untuk mencapai cita-cita ibu bapanya.

Untuk pengetahuan semua, ketika berusia 13 tahun, Zhang telah pun melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan ketika berusia 16 tahun pula, budak genius ini melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Universiti Aeronautics and Astronautics Beijing.

Ibu bapanya mahu Zhang tinggal di Beijing untuk melanjutkan pelajaran, jadi Zhang pula mahu ibu bapanya itu membelikan rumah untuknya tinggal di Beijing.

Jika tidak, dia akan berhenti belajar.

Ini kerana Zhang mengatakan jika dia tidak mempunyai rumah sendiri untuk tinggal di Beijing, dia akan menjadi seperti Beijing drifters yang terpaksa berpindah-randah dan tidak mempunyai penempatan tetap.

Menurut Zhang lagi, jika dia menjadi seperti Beijing drifters, apa motif dia belajar tinggi-tinggi.

Zhang turut berkata dalam sebuah temu ramah pada ketika itu bahawa ibu bapanya bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang kondusif seperti tempat tinggal kepada dirinya.

Namun, memandangkan hidup mereka sekeluarga bukanlah senang, permintaan Zhang itu tidak dapat ditunaikan tapi kerana ibu bapanya rasa rugi jika Zhang berhenti belajar pada saat itu, ibu bapanya berbohong bahawa apartment itu telah dibeli oleh mereka untuk Zhang.

image is not available

Difahamkan juga, bapa Zhang juga dahulunya merupakan seorang yang genius ketika zaman muda, namun akibat kekangan kewangan, keluarganya tidak mampu.

Oleh sebab itu, bapa Zhang berharap Zhang dapat belajar dan berjaya untuk mencapai cita-citanya yan dahulunya terpaksa berkubur.

Dalam sebuah temu ramah juga, Zhang difahamkan pernah bekerja sebagai tenaga pengajar di Ningxia Normal University selepas tamat pengajian namun dia berhenti bekerja dua tahun kemudian pada 2021, lapor Yahoo News.

Dalam masa yang sama, walaupun ramai yang menggelarnya ‘budak genius’, namun Zhang tidak menganggap dirinya sebagai seorang prodigy.

Meskipun ramai warganet China yang mengecam tindakan Zhang yang kini tidak bekerja dan bergantung pada ibu bapanya, ada juga netizen negara itu yang berpendapat ibu bapa tidak sepatutnya memaksa anak-anak kecil atau remaja untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak minati.

Sebab kalau paksa jugak, anak-anak tak happy pun dan lama-lama mereka boleh memberontak.

Apa pendapat korang?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.