‘Bergaya, makeup on point, tapi jiran mengadu…’

BeautyLifestyle
30 Jul 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Bergaya, makeup on point, tapi jiran mengadu…’

PETALING JAYA – Niat baik seorang majikan menyediakan kemudahan tempat tinggal buat pekerjanya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kediaman itu didakwa dibiarkan dalam keadaan menjijikkan.

Rumah itu didakwa terlalu kotor sehingga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan, sekali gus mengundang aduan jiran.

Namun, menjadi perhatian orang ramai apabila wanita juga penghuni rumah berkenaan didakwa seorang yang gemar menjaga penampilan dan sentiasa bersolek rapi.

Perkara itu didedahkan oleh @Natasyaadilla di media sosial, selain turut menasihatkan pihak yang ingin mengambil pekerja, khususnya dalam bidang makanan dan minuman supaya berhati-hati dengan individu berkenaan.

“Tolong bagi sepatah dua kata kejap. Tak tahu lah macam mana dia boleh hidup dengan keadaan macam ni. Masalahnya bersolek ‘on point’ (kemas) dan orangnya suka melawa!

“Kau orang nilailah sendiri tahap pemalas dia macam mana. Sebenarnya sewakan rumah ni untuk staf dan dia duduk seorang ya. Sampai jiran-jiran mengadu bau busuk dari rumah ni,” dakwanya.

Hantaran berkenaan meraih perhatian orang ramai, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Kita ni kadang malas juga, tapi tak adalah sampai macam ni sekali. Ni nak gerak pun payah,” komen @Nrindamia.

“Tak terkata. Teringat tolong kawan kemaskan rumah teman wanita dia, kembang tekak! Muka lawa, berfesyen tapi berak pun tak bilas,” ujar @Danials114.

“Aku rasa tahap malas aku ni dah tahap kena berubat kampung, rupanya ada lagi yang teruk daripada aku,” kata @Atihahffauzi. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Bergaya, makeup on point, tapi jiran mengadu…’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved