Bergelut Dengan Masalah Kesihatan, Neelofa Mohon Rakyat Malaysia Doakan Fatimah – “Keadaannya Agak Tidak Baik Sekarang”

23 May 2024 • 12:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Masih ingat dengan kanak-kanak perempuan yang tular selepas dia memberi ‘pesanan’ kepada orang ramai untuk tidak memanggilnya dengan nama panggilan ‘Timoh’.

“Jangan panggil Timoh, panggil Fatimah.”

image is not available

Beberapa tahun yang lalu, Fatimah dan dua beradiknya, Omar Mukhtar dan Ali pernah tular di media sosial gara-gara fasih bertutur dalam dialek Kelantan meskipun keluarga mereka menetap di Birmigham, United Kingdom.

Kini, Fatimah sudah berusia 10 tahun namun menerusi Instagram @thefamily.uk yang dikendalikan ibunya, kanak-kanak tersebut sedang bergelut dengan masalah kesihatan.

image is not available

 

Dimasukkan ke wad sejak Ramadan

Difahamkan, Fatimah telah dimasukkan ke wad sejak Ramadan lalu selepas kesihatannya berada dalam keadaan tidak baik.

Menerusi Instagram itu juga, ibunya kerap berkongsi keadaan Fatimah dari semasa ke semasa sepanjang dia berada di hospital berkenaan.

image is not available

Kata ibunya, Fatimah seorang kanak-kanak yang sangat kuat dan tidak pernah merungut ketika dirawat di hospital selain tidak mengharapkan bantuan.

Saya menyaksikan betapa kuatnya Fatimah dari hari pertama di hospital. Dia hanya menangis sekali ketika ujian darah yang keempat kerana terlalu sakit. Fatimah mengajar saya erti sebenar perkataan ‘kuat’.

image is not available

 

Neelofa mohon rakyat Malaysia doakan

Selebriti terkenal, Neelofa yang juga merupakan keluarga terdekat Fatimah turut berkongsi di Instagram tentang keadaan kanak-kanak itu.

Hos dan usahawan itu memohon agar rakyat Malaysia mendoakan Fatimah dan memaklumkan bahawa keadaannya kini agak tidak baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Ramai yang meninggalkan komen di hantaran Neelofa itu dan rata-ratanya mendoakan agar Fatimah diberikan kesembuhan malah sesetengah turut berkata mereka merindu keletahnya.

image is not available 2 weeks ago

“Kesihatan Mental Sangat Penting, Talk Other People Negatively Is Rubbish” - Jumpa Pakar Psikologi, Ramai Titip Doa Buat Fathia Latiff