Berhenti kerja jaga anak derita kerosakan saraf otak

LocalFamily & Parenting
8 Sep 2026 • 7:20 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Berhenti kerja jaga anak derita kerosakan saraf otak

KUANTAN: Demi memastikan anak bongsunya mendapat penjagaan 24 jam, seorang bapa dari Taman Beserah di sini sanggup meninggalkan pekerjaan sebagai pekerja pasar malam selepas doktor mengesahkan anaknya mengalami kerosakan saraf otak akibat jangkitan virus.

Hammam Anas Makruf Al Anwar, 28, berkata, keputusan itu dibuat selepas anak kedua­nya, Alvina Heleena berusia setahun tiga bulan, disahkan mengalami kerosakan saraf otak akibat jangkitan Herpes Simplex Virus Type 1 (HSV-1).

Katanya, sebelum ini, dia bekerja di Negeri Sembilan bersama kumpulan peniaga pasar malam, namun kini mengambil tanggungjawab menjaga Alvina Heleena sepenuh masa manakala isterinya, Almauunah Nasharuddin, 28, bekerja di kedai serbaneka di Semambu.

“Alvina Heleena dilahirkan sihat dan membesar aktif se­perti kanak-kanak lain. Namun, keadaan kesihatannya berubah mendadak pada awal Mei lalu ketika dibawa ibunya ke pasar raya. Ketika itu jarinya bergerak tidak normal, menangis berte­rusan dan mengalami kejang.

“Selepas dibawa ke klinik 24 jam, doktor mengesahkan anak saya mengalami sawan. Namun selepas tiga dos ubat diberikan, keadaan tidak pulih hingga dirujuk ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Doktor memaklumkan kuman menyerang saraf otak se­belah kanan dengan cepat dan menyebabkan kerosakan kekal. Air tulang belakang diambil dua kali tetapi sehingga kini kami masih belum mendapat kepastian penuh mengenai virus itu,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Hammam berkata, kerosakan saraf otak tersebut menyebabkan Alvina Heleena mengalami dystonia, tidak mampu mene­lan air liur dan berisiko terlantar. Malah, prosedur trakeostomi telah dilakukan sehingga dia kini tidak ada suara.

“Alvina Heleena masih sedar tetapi semakin kurang memberi respon. Ketika tidur dia kadangkala menangis dan batuk. Kami perlu segera menyedut kahaknya kerana dia tidak mampu mengeluarkannya sendiri,” katanya. – UTUSAN

The post Berhenti kerja jaga anak derita kerosakan saraf otak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved