Beri alasan tumpang makan, suami orang dicekup khalwat dengan janda

15 May 2026 • 6:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Beri alasan tumpang makan, suami orang dicekup khalwat dengan janda
JAINJ menahan seorang lelaki dan wanita disyaki berkhalwat dalam satu serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Kluang pada petang Khamis.

KLUANG – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan seorang lelaki dan wanita disyaki berkhalwat dalam satu serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Kluang pada petang Khamis.

Menurut sumber, serbuan dilakukan kira-kira jam 4.30 petang susulan aduan orang awam mengenai kehadiran seorang lelaki di rumah wanita terbabit dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah kereta dan motosikal dipercayai milik pasangan terbabit berada di hadapan rumah.

“Penguat kuasa kemudian menjalankan pemeriksaan sebelum menemui seorang wanita berusia lingkungan 40-an membuka pintu rumah,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki berusia lingkungan 40-an berada di ruang dapur rumah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati pasangan terbabit bukan suami isteri dan tiada hubungan mahram.

“Lelaki itu juga difahamkan sudah berkahwin dan bekerja di daerah lain, manakala wanita terbabit berstatus ibu tunggal dan bekerja di Kluang,” katanya.

Menurutnya, ketika disoal siasat, lelaki terbabit memberi alasan datang ke rumah wanita berkenaan untuk menumpang makan.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati hanya terdapat minuman dan kuih di rumah berkenaan.

Katanya, kedua-dua individu terbabit memberi kerjasama sepanjang pemeriksaan dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor berkaitan khalwat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved