Beri tempoh 48 jam! Dakwa difitnah, PM Anwar tuntut permohonan maaf Tuan Ibrahim

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 9:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis tuntutan terhadap Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung beberapa kenyataan yang didakwa berunsur fitnah terhadapnya.

Kenyataan dibuat di luar Parlimen

Memetik laporan daripada Bernama, peguam Datuk SN Nair, menyatakan bahawa kenyataan tersebut didakwa dibuat di luar Parlimen pada 14 Jun lalu sebelum diterbitkan semula menerusi media sosial.

Peguam Anwar memaklunkan, notis tuntutan itu mengandungi beberapa syarat termasuk permohonan maaf secara terbuka serta penarikan balik kenyataan yang dipertikaikan.

“Surat tuntutan itu antara lain menuntut supaya Tuan Ibrahim menarik balik serta-merta kenyataan yang dipertikaikan dan membuat permohonan maaf terbuka tanpa syarat.
“Selain itu, Tuan Ibrahim juga perlu membuat aku janji agar tidak mengulangi dakwaan tersebut selain membayar ganti rugi dan kos guaman,” kata peguam itu menerusi kenyataan hari ini.

Image from: Beri tempoh 48 jam! Dakwa difitnah, PM Anwar tuntut permohonan maaf Tuan Ibrahim

Menurut beliau, Tuan Ibrahim diberi tempoh 48 jam untuk memberikan maklum balas terhadap notis berkenaan.

Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan dimulakan tanpa sebarang notis lanjut.

Perkembangan itu dimaklumkan menerusi kenyataan peguam Anwar pada Khamis, susulan dakwaan kenyataan berunsur fitnah yang didakwa dikeluarkan terhadap Perdana Menteri.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved