“Beria Duk Panggil Dia Akak, Ingatkan 30!” – Miliki Wajah Matang, Netizen Terkejut Umur Yazmin Aziz Baru 22 Tahun

Entertainment
14 Sep 2023 • 1:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Untuk info, selebriti Yazmin Aziz baru-baru ini menyambut hari kelahirannya yang ke-22 iaitu pada tarikh 10 September.

Dapat dilihat dalam laman TikToknya, dia memuat naik video sempena hari jadi dengan meminta doa daripada orang ramai dan dari kapsyen yang ditulis, Yasmin juga seakan-akan mahu peminat meninggalkan birthday wish di ruangan komen.

Dalam video yang dimuat naik, penyanyi terbabit dilihat meniup lilin pada sebiji kek yang dipegang olehnya.

Namun begitu, hal yang menjadi perhatian ramai adalah umur penyanyi tersebut yang baru saja mencecah 22 tahun.

Kebanyakkan netizen berasa terkejut apabila mengetahui umur sebenar Yazmin kerana wajah yang dimiliki oleh penyanyi itu kelihatan lebih tua dari umurnya.

image is not available

Sedar ramai yang seakan-akan terkejut dengan umurnya, bekas peserta pertandingan Big Stage ke-4 itu membalas bahawa wajahnya adalah kurniaan Tuhan dan dirinya tidak boleh menolak.

image is not available 3 months ago

"Tidur Bilik Asing Ke?" - Yazmin Aziz Bercuti Di Bali Bersama Teman Lelaki, 'Bersemut' Tengok...