
Semakin hari, isteri kepada pengarah hebat, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sering meraih perhatian warganet susulan sering berkongsi video memasak.
Baru-baru ini, di laman TikToknya, Ira berkongsikan resepi masakan ‘Baked Potato Beef’ dan ia mendapat sambutan susulan dia melakukan voice over untuk video tersebut.
Rata-rata netizen memuji suara anak pelakon veteran, Kazar Saisi itu lembut dan manis apabila didengari.
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mengkritik cara memasaknya tidak kemas dan bersepah.
Dalam pada itu, ramai meminta agar Ira terus berkongsikan resepi masakannya di laman media sosial seperti sebelum ini, sambal sotong.
Ada Puji, Ada Perli! Seronok Layan Respon 'Peminat' Pasal Sambal Sotong, Ira Kazar 'Unprivate' Akaun Instagram
The post “Tapi Masak Bersepah” – ‘Voice Over’ Video Memasak, Ramai Puji Suara Ira Kazar Lembut first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


