“Beringat sebelum kena” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Hampir Jadi Mangsa ‘Pickpocket’, Siap Ada Bukti Video

Entertainment
4 Mar 2023 • 1:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kita selalu dengar orang kena ‘pickpocket’ ketika bercuti di luar negara. Penyeluk saku disana memang sangat profesional sehinggakan kita tak sedar mereka telah mencuri barangan peribadi kita.

Tular satu video di media sosial, seorang lelaki Malaysia nyaris menjadi mangsa penyeluk saku. Namun dia sempat sedar dan kejadian itu sempat dirakam rakannya. Korang boleh tengok video kejadian penyeluk saku tu dalam video @facktura di bawah.

 

Reaksi Netizen

Rata-rata netizen terkejut selepas melihat video ini. Mana tidaknya, secara tidak sedar barang peribadi kepunyaan kita boleh dicuri dalam sekelip mata. Nasib baik mangsa cepat perasan dan sedar, kalau tak habis dah kena curi.

image is not availableMin selalu dengar orang pesan macam ni. Simpan barang berharga dalam poket bahagian dalam jaket. Lagi susah untuk pickpocket ni nak ambil. Dekat sana diaorang memang pro sebab selalu buat kerja haram ni.

image is not availableTips yang berguna untuk letak padlock dekat zip beg sandang. Memang leceh sikit kalau nak buka beg, tapi yang penting barangan dalam tu selamat.

image is not availableMungkin boleh guna cara ni ataupun cari beg-beg lama yang zipnya sangkut-sangkut. Barulah susah sikit pickpocket nak buat kerja.

image is not availableKalau hilang pasport time tengah travel memang haru-biru dibuatnya. Terus hilang mood nak berjalan. Jadi, beringatlah sebelum terkena.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.