Restoran Popular Tempatan, Papparich Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kuching

21 Jul 2023 • 11:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik buat warga Kuching!

Restoran Popular Tempatan, Papparich Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kuching. Berita baik buat semua peminat makanan di Kuching! Restoran popular tempatan, Papparich, akhirnya akan membuka cawangan pertama di Kuching.

Papparich merupakan sebuah rangkaian restoran makanan popular yang berasal dari Malaysia. Restoran ini mendapat tempat di hati ramai peminat makanan dengan hidangan Melayu, Cina, India, dan Mamak yang lazat.

image is not available
Restoran Popular Tempatan, Papparich Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kuching. Kredit: The Best Of Borneo

Kini, tibanya giliran Kuching untuk menikmati hidangan enak dari Papparich.

Menu mereka yang pelbagai menawarkan hidangan-hidangan yang memikat selera seperti nasi lemak ayam rendang, mee goreng Mamak, roti canai, dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan, antara minuman ikonik Papparich ialah Teh Tarik yang mantap dan pastinya mengasyikkan.

image is not available

Menariknya, menu yang dihidangkan menggabungkan cita rasa tradisional dengan ciri-ciri moden.

Namun, lokasi sebenar Papparich beroperasi masih belum diumumkan oleh pihak Papparich.

Difahamkan, mereka akan memulakan perniagaan mereka di Kuching pada oktober ini.

Dengan kedatangan cawangan Papparich yang pertama ini, ia pastinya akan menarik perhatian ramai pencinta makanan di Kuching dan sekitarnya.

image is not available

Pelanggan akan dapat menikmati hidangan istimewa tanpa perlu terbang jauh untuk merasai menu-menu best dari Papparich!

Baca lagi artikel menarik: