
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Para graduan STPM, A-Level, Matrikulasi dan Diploma pada ketika ini mungkin sedang mencari peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bukan?
Para mahasiswa dan mahasiswi yang ‘perform’ dan mendapat keputusan yang cemerlang pula pastinya menginginkan tajaan biasiswa.
Haa ini berita gembira buat korang kerana Genting Malaysia Berhad (GENM) telah melancarkan Program Biasiswa GENM 2025.
Program biasiswa sempena Ulang Tahun Jubli Intan ke-60 ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif tanggungjawab sosial jangka panjang.

Syarat-syarat kelayakan memohon Biasiswa GENM 2025
Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 23 tahun ke bawah yang sedang menunggu tawaran kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa, sama ada di dalam atau luar negara.
Antara syarat seperti calon mestilah memenuhi salah satu daripada kriteria akademik seperti:
- Minimum tiga gred A untuk STPM/A-Level
- Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.0 (diploma/asasi) atau kelayakan pra-universiti lain yang setara dan diiktiraf.
Selain pencapaian akademik, calon yang aktif dalam kokurikulum, miliiki ciri kepimpinan dan komitmen terhadap pembangunan diri akan diberi keutamaan.
Golongan B40 dan M40 yang belum menerima sebarang bantuan kewangan lain turut digalakkan memohon.
Biasiswa ini meliputi bidang-bidang strategik yang menyumbang kepada pembangunan negara seperti:
- Hospitaliti
- Kejuruteraan
- Teknologi maklumat
- Perniagaan dan lain-lain yang berkepentingan nasional.
Nak mohon di mana?
Permohonan dibuka hingga 15 Ogos ini dan korang boleh memohon secara dalam talian dengan klik [DI SINI]
Atau layari: www.rwgenting.com/en/careers/scholarship/introduction.html
SEBARANG PERMOHONAN SECARA FIZIKAL TIDAK AKAN DITERIMA
Dalam pada itu, Timbalan Presiden GENM, Lee Thiam Kit berkata, pihaknya yakin bahawa pendidikan merupakan kunci kepada perubahan dan kemajuan masa depan.
“Sejak inisiatif biasiswa ini diperkenalkan, kami telah menyaksikan betapa pentingnya peluang pendidikan dalam membuka ruang dan menjadi pemangkin kepada transformasi yang positif.
“Di GENM, kami berbangga menjadi sebahagian daripada usaha memperkasa generasi muda yang berbakat untuk merealisasikan aspirasi akademik mereka, sekali gus membina masa depan lebih cemerlang,” katanya dipetik Sinar Harian.
Source:

![Tular DBKL Serbu KLCC, ‘Ulat Gambar’ Kena Kompaun RM2,000 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)

![Gelagat Pelajar Berebut Nak Mengaji Sehingga Ustaz Terlanggar Pintu Buat Ramai Geli Hati [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)